CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

Tiga pemain skuad Olimpik pikat Vion FC

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Fadhli,  Wan Zack, Irfan bakal sertai kelab Liga Divisyen Satu Slovakia untuk  tiga bulan\rHANYA selepas sebulan berlatih di Slovakia dan mengharungi tujuh perlawanan persahabatan di sana, tiga pemain skuad Olimpik negara berjaya memikat hati kelab Liga Divisyen Satu negara itu - Vion FC - untuk menjadi medan latihan lanjutan sehingga November ini.\r\n\n\n\n\r   Khidmat pemain pertahanan, Fadhli Shas, dan dua pemain tengah, Wan Zack Haikal Wan Nor serta Irfan Fazail bakal dipinjamkan kepada kelab berkenaan untuk tempoh tiga bulan selepas masing-masing mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu skuad negara merakam lima kemenangan daripada tujuh perlawanan di sana.\r\r\n\n\n\n\n   Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan,  semalam menganggap ini adalah peluang terbaik buat tiga pemain berkenaan dan juga  skuad Olimpik kebangsaan dalam persiapan menghadapi saingan kelayakan peringkat kumpulan Olimpik 2012 yang bermula 21 September ini.\r“Ketiga-tiga pemain berpendapat ini adalah kesempatan terbaik buat mereka  menimba pengalaman dan seterusnya memperbaiki permainan masing-masing,” kata badan induk bola sepak negara itu. “Mereka akan bersama-sama Vion FC berkuat kuasa serta merta sehingga tamat musim pada 31 Oktober ini.\r“Walaupun akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri di perantauan, Persatuan berharap mereka akan terus cemerlang bersama Vion FC.” Sepanjang sesi latihan di sana, Wan Zack menjadi penyumbang terbanyak gol skuad Olimpik kebangsaan manakala Irfan membuktikan kelincahannya sebagai perancang utama pasukan kendalian Ong Kim Swee.\rSementara itu, baki 27 pemain akan pulang ke ibu negara esok tetapi akan terus menyambung sesi latihan pada 1 September. Seramai 22 pemain dipanggil melaporkan diri di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jepun pada 15 September.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.241916 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list