|
Ledak satu gol, cipta peluang rakan belasah SpursMANCHESTER: Penyerang Danny Welbeck menyumbat satu gol dan mencipta satu lagi untuk memberi inspirasi kepada barisan muda Manchester United ketika menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menghiburkan di Old Trafford, kelmarin.\rKeraguan mengenai keputusan pengurus Alex Ferguson membariskan kesebelasan utama dengan purata usia 23 tahun, terhapus selepas sejam permainan apabila Welbeck, 20, menanduk masuk hantaran lintang pemain tengah 22 tahun, Tom Cleverley. \r\n\n\n\n\r Hantaran cantik Welbeck membolehkan Anderson menjaringkan gol kedua pada minit ke-76 manakala tandukan lewat Wayne Rooney melengkap kemenangan untuk meneruskan prestasi terbaik di gelanggang sendiri yang membantu mereka menjulang kejuaraan musim lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Kami hanya bermula pada babak kedua,” kata Ferguson. \r“Persembahan babak kedua hebat sekali, saya fikir ia adalah permainan pantas berbanding pada babak pertama – ‘hujung padang ke hujung padang’. \rUnited, yang hanya tercicir dua mata di Old Trafford dalam laluan mereka mencipta rekod kejuaraan ke-19 musim lalu, mengekalkan permulaan baik selepas menundukkan West Bromwich Albion minggu lalu. Manchester City masih mendahului carta menerusi perbezaan jaringan.\rSpurs beraksi dalam perlawanan sulung musim ini selepas perlawanan pertama menentang Everton di gelanggang sendiri terpaksa ditangguhkan kerana rusuhan London dan masih memburu kemenangan pertama dalam saingan liga di Old Trafford selepas kali terakhir menundukkan United di gelanggang itu pada 1989.\r\n\n\n\n\r“Tiada perbezaan dalam perlawanan sehinggalah mereka menjaringkan gol pertama,” kata pengurus Spurs, Harry Redknapp. “Jaringan pertama itu mengubah permainan.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|