|
KEJAYAAN menumpaskan Selangor dua kali dalam saingan Liga Super memberi keyakinan kepada T-Team mengulangi detik itu sekali lagi menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Piala Malaysia pada 6 September ini.\rJurulatih T-Team, Yunus Alif berkata, kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang dan strategi permainan tersendiri untuk menghadapi juara 32 kali itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.\r\n\n\n\n\r “Kami sudah membuat persediaan rapi, termasuk mengenal pasti barisan pemain utama yang akan diturunkan bagi menghadapi kejohanan berprestij ini,” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Yunus berkata, sebagai persediaan, T-Team mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bagi memastikan prestasi pemain berada di tahap terbaik.\r“Sebelum bercuti raya, T-Team akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan iaitu menentang Kelantan di Kota Baharu, hari ini diikuti pasukan Terengganu, Jumaat ini,” katanya.\rSelangor yang bakal diketuai Safiq Rahim dijangka menjadi antara pemain yang menjadi tumpuan pasukan tuan rumah dan T-Team jelas mahu membuat satu lagi kejutan.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|