|
Pelanggan dijangka lebih 400,000\rYTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) merancang untuk menjadikan perkhidmatan jalur lebar 4G yang disediakannya, Yes sebagai saluran internet mudah alih dengan suara yang lebih pantas, mudah didapati oleh lebih ramai lagi pengguna. \r\n\n\n\n\r Ketua Eksekutifnya, Wing K Lee, berkata syarikat itu menjangka asas pelanggannya meningkat kepada lebih 400,000 menjelang akhir tahun daripada 300,000 kini.\r\r\n\n\n\n\n Ia, katanya, akan didorong oleh rancangan kumpulan itu untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatannya ke Pantai Timur semenanjung bulan depan. \r“Kami juga sedang merancang untuk memperluas rangkaian kami di Sabah dan Sarawak dan kami sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan. \r“Syarikat ini bercadang menambah lebih 2,500 stesen pangkalan menjelang akhir tahun daripada 2,000 sekarang,” katanya kepada media selepas majlis memeterai perjanjian perkongsian dengan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam. \rLee berkata, melalui perkongsian dengan Senheng itu, YTL Comms kini mempunyai lebih 600 rakan kongsi runcit di seluruh negara manakala menjelang akhir tahun, ia bercadang meningkatkan bilangan itu kepada lebih 1,000.\r\n\n\n\n\r“Syarikat ini akan memanfaatkan sokongan runcit dan jualan Senheng yang luas di negara ini dan mempermudah produk dan perkhidmatan Yes didapati dan diakses di lebih 100 kedai Senheng dan SenQ di Semenanjung,” katanya. \rSementara itu, Heng berkata, perkongsian itu akan membantu syarikat itu menepati sasarannya untuk menjual lebih banyak peti televisyen pintar tahun ini dan setakat ini, Senheng sudah menjual lebih 1,000 unit. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|