CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 244|Reply: 0

Panasonic sasar jualan RM2b

[Copy link]
Post time 19-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Produk mesra alam  pemacu jenamaPANASONIC Malaysia Sdn Bhd menyasar jualan RM2 bilion menerusi segmen perniagaan tenaga menyeluruhnya menjelang Mac tahun depan, sekali gus menyumbang 50 peratus daripada jualan keseluruhan syarikat itu di negara ini.\n\n\n\nPengarah Urusannya, Jeff Lee, berkata sasaran itu didorong pelaburan berterusan dalam produk dan perkhidmatan mesra alam disokong kekuatan jenama Panasonic yang akan meningkatkan keyakinan pengguna dan pengedar.\n\n\n\n\n\n  Katanya, syarikat itu kini memberi tumpuan kepada perniagaan penyelesaian tenaga menyeluruh sebagai hala tuju baru selaras dengan sasaran menjadi syarikat inovasi hijau nombor satu dalam industri elektronik menjelang 2018.“Kami yakin mencapai sasaran itu walaupun berdepan pelbagai cabaran antaranya masalah bekalan akibat gempa bumi di Jepun pada Mac lalu dan situasi ekonomi global tidak menentu,” katanya selepas melancarkan deklarasi ECONATION Panasonic di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation, Dr Nazily Mohd Nor.Setakat ini perniagaan tenaga menyeluruh Panasonic menerusi barisan produk mesra alamnya merekodkan jualan  RM600 juta.Lee berkata, unjuran jualan RM2 bilion itu akan dipacu oleh segmen pendingin hawa dan peti sejuk mesra alam dengan Panasonic adalah peneraju dalam segmen ini dari segi penguasaan pasaran.\n\n\n\n“Pada masa ini, produk mesra  alam membentuk 60 peratus daripada jumlah rangkaian produk kami. Panasonic akan meningkatkan rangkaian produk cekap tenaga sebanyak 10 peratus menjelang akhir tahun ini,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, ECONATION atau negara mesra alam adalah deklarasi Panasonic untuk membantu Malaysia menjadi negara prihatin terhadap alam sekitar menerusi penggunaan penyelesaian tenaga menyeluruh.Mengulas mengenainya, beliau berkata, Panasonic melabur RM8 juta dalam kempen ECONATION menerusi pengiklanan dan promosi untuk kempen ECONATION dan pembinaan Pusat ECONATION di Petaling Jaya yang dijangka siap akhir tahun ini.Selain itu katanya, pelaburan itu turut membabitkan penyertaan kali kedua dalam Pameran dan persidangan Teknologi Hijau dan Produk Ekologi Antarabangsa (IGEM) dari 7 hingga 10 September ini.“Bagi mengukuhkan komitmen Panasonic dalam ECONATION, syarikat berhasrat mengurangkan pengeluaran karbon dioksida kepada 100,000 tan di Malaysia,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.052906 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list