CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Usaha sama bina kabel optik KL-JB

[Copy link]
Post time 18-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Symphonet kumpul dana sedia rangkaian saluran data bebas peringkat domestik\rSYARIKAT ICT, Symphonet Sdn Bhd, akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat tempatan bagi mengumpul dana melaksanakan rancangannya membina kabel optik menghubung Johor-Kuala Lumpur dengan beberapa negeri lain di semenanjung.\r\n\n\n\nSumber industri berkata, kedua-dua pihak dijangkakan memeterai kerjasama itu minggu depan.\r\rKatanya, pembinaan kabel Johor-Kuala Lumpur itu akan dilaksanakan bersama dengan pembinaan kabel optik dasar laut yang dibangunkan Konsortium Johor-Jakarta Cable System (JJCS).\r\n\n\n\n\n\rBeliau berkata, menerusi pembinaan rangkaian kabel peringkat domestik itu, Symphonet dijangka memperoleh manfaat menyeluruh menerusi keupayaannya sebagai penyedia rangkaian saluran data bebas di negara ini.\r“Kedua-dua projek ini akan dilaksanakan serentak bagi membolehkan Symphonet menyediakan saluran data menyeluruh sama ada dari Kuala Lumpur ke Johor serta Indonesia ke Johor sebelum diperluas ke seluruh negeri di semenanjung.\r“Berdasarkan perkembangan kedua-dua projek yang menggunakan teknologi kapasiti tinggi itu, Symphonet dilihat berupaya memecah monopoli Telekom Malaysia yang sebelum ini menjadi penyedia tunggal saluran data menerusi kabel optik kepada syarikat swasta,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.\rKetua Eksekutif Symphonet, Datuk Baharum Salleh, ketika dihubungi berkata syarikatnya sememangnya merancang membuat dua pengumuman penting berhubung pelan domestiknya namun enggan mengulas lanjut butiran pengumuman itu.\rKatanya, kedua-dua pengumuman itu bakal dibuat sebelum menjelang sambutan Aidilfitri bagi membolehkan projek itu dilaksanakan mengikut jadual.\r“Sememangnya kami ada merancang pelan seterusnya selepas JJCS, yang mana dari Johor kita akan luaskan ke Kuala Lumpur dan ia tidak terhenti di situ kerana pelan kami di peringkat domestik adalah lebih besar,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.217783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list