View: 132|Reply: 0
|
Naza Italia setuju syor AP dimansuh
[Copy link]
|
|
Yakin sistem baru lebih sistematik, persaingan sihat\rNAZA Italia Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Ferrari di Malaysia menyifatkan cadangan kerajaan memansuhkan permit import (AP) francais pada 2020 menerusi Dasar Automotif Nasional (NAP), akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan peserta industri kenderaan import.\r\n\n\n\n\r Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza, Datuk SM Zulkifli SM Amin, berkata pihaknya yakin langkah kerajaan memansuhkan AP francais akan disusuli sistem baru lebih sistematik bagi meningkatkan akses pelanggan kepada kenderaan import.\r\r\n\n\n\n\n “Pemansuhan AP akan menyaksikan persaingan antara francais lebih terbuka yang memberi kesan positif kepada sektor automotif negara dengan menyaksikan lebih banyak kenderaan import akan dibawa masuk,” katanya pada sidang media selepas melancarkan model baru Ferrari FF di Petaling Jaya, semalam. \rBagaimanapun, SM Zulkifli berkata, kerajaan perlu mengkaji semula kadar cukai yang dikenakan selepas melaksanakan dasar pelupusan AP bagi mengukuhkan industri kenderaan import di negara ini sekali gus mengurangkan beban pembeli.\rKatanya, kadar cukai yang tinggi mendorong pengguna negara ini mendapatkan kenderaan premium dari negara jiran khususnya Singapura yang mengenakan cukai lebih rendah, justeru merugikan sektor automotif Malaysia.\r“Saya percaya jika kerajaan mengurangkan cukai import, ia akan meningkatkan jualan kenderaan sehingga 100 peratus pada masa depan. Setakat itu, francais tidak dapat menjual lebih banyak kenderaan kerana dipengaruhi dengan faktor cukai tinggi,” katanya.\r\n\n\n\n\rMengulas unjuran jualan syarikat pada 2012, beliau berkata, Naza Italia menyasar menjual 27 unit kenderaan jenama Ferrari disokong pengenalan model FF yang dijangka mula dibawa masuk pada Januari selain pengukuhan model sedia ada.\r“Kami menyasar untuk menjual 21 unit kenderaan jenama Ferrari menjelang akhir tahun ini di mana 15 unit daripadanya sudah terjual dengan model Ferrari 458 Italia menjadi penyumbang terbesar,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|