CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Analisis Saham: Kewangan kukuh layak menang bida

[Copy link]
Post time 15-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat perlu penuhi syarat  projek MRT\rSYARIKAT yang mempunyai kedudukan kukuh dari segi kewangan, memiliki kelebihan  memenangi kontrak pembinaan aliran transit massa (MRT) bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK), kata penganalisis.\r\n\n\n\n\r  MIDF Research dalam nota penyelidikannya berkata, seperti dijelaskan dalam taklimat sebelum proses prakelayakan, syarikat berpendapatan RM250 juta dan pernah melaksanakan projek pembinaan bernilai RM200 juta dalam tempoh lima tahun adalah prasyarat membida pakej bernilai lebih RM400 juta dalam kategori terbuka.\r\r\n\n\n\n\n  Firma penyelidikan terbabit  berkata, kontraktor  berhasrat membida kerja bernilai kurang daripada RM400 juta perlu mempunyai pendapatan  RM150 juta dan satu projek pembinaan bernilai RM150 juta sepanjang lima tahun lalu.\rKatanya, bidaan di bawah kategori Bumiputera pula perlu menunjukkan pendapatan sebanyak RM50 juta dan satu projek pembinaan bernilai RM80 juta dalam tempoh lima tahun ini.\r“Bagaimanapun, kami percaya selain  kriteria pendapatan dan projek disiapkan, proses penilaian terbabit akan mengambil kira beberapa kriteria lain yang sudah dinyatakan sebelumnya,” katanya.\rSyarikat Prasarana Bhd (Prasarana) minggu lalu menyenarai pendek kontraktor bagi kerja pembinaan projek MRT Lembah Klang.\r\n\n\n\n\rSebanyak 28 syarikat dipilih daripada 195 syarikat  mengemukakan permohonan mereka dua bulan lalu.\rTerdapat 18 pakej kerja dengan lapan daripadanya kerja sivil bahagian bertingkat, lapan lagi kerja stesen di bahagian atas dan pakej untuk depot, dengan kerja itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu terbuka dan Bumiputera.\rBerdasarkan kepada kerja bahagian bertingkat, ia dianggarkan bernilai RM12 bilion dan setiap pakej sehingga RM667 juta. \rMIDF Research berkata, walaupun terdapat 28 syarikat yang bersaing untuk 18 pakej kerja berkenaan, syarikat seperti TRC Synergy Bhd (TRC), Naim Holdings Bhd (Naim) serta Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) dilihat mempunyai kelebihan dari kontraktor lain kerana mereka layak dalam kedua-dua kategori terbuka dan Bumiputera.\rIa menjelaskan, TRC layak di bawah kedua-dua kategori terbuka dan Bumiputera bagi kerja sivil, stesen dan depot, manakala Naim turut layak di bawah semua kecuali kategori terbuka bagi kerja sivil dan AZRB tidak layak bagi kategori terbuka di bawah kerja stesen dan depot.\rKatanya, walaupun persaingan bagi pakej berkenaan bergantung tinggi kepada harga tender setiap syarikat itu, kedudukan layak mendapatkan lebih banyak pakej akan meningkatkan kemungkinan untuk memenangi tender.\r“Syarikat bermodal besar lain yang layak bagi pakej itu ialah IJM Corporation Bhd, Sunway Bhd, WCT Bhd dan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB),” katanya.\rSementara itu, OSK Research dalam nota penyelidikannya berkata syarikat atau kontraktor tersenarai awam berkemungkinan mempunyai peluang lebih baik untuk memperoleh kontrak bagi projek My Rapid Transit (MRT).\rKatanya, ia mungkin berlaku memandangkan kewangan mereka  kukuh dan pengalaman dengan projek berskala besar.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.492796 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list