|
Nyaris diaib Sunderland aksi pembukaan EPL di Anfield\rLIVERPOOL: Tatkala tumpuan terarah kepada barisan berwajah baru Liverpool yang menerima kunjungan Sunderland di Anfield, Bolton lebih menyerlah apabila membenam muka baru Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers 4-0 untuk menduduki carta teratas sebaik saingan bermula, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Liverpool bimbingan Kenny Dalglish yang diperkuat Jordan Henderson, Stewart Downing, Charlie Adam, Alexander Doni dan Jose Enrique musim ini, sebaliknya berhempas pulas sebelum sekadar seri 1-1 ketika melayani Sunderland.\r\r\n\n\n\n\n Sekalipun mendapat sepakan penalti yang gagal disempurnakan Luiz Suarez, penyerang uruguay itu bingkas menebus kesilapannya untuk meletakkan Liverpool di depan menerusi tandukan tipis pada minit ke-11.\rNamun Sunderland tidak berputus asa dan Sebatian Larsson menyamakan kedudukan menerusi sepakan gunting cantik yang menewaskan sama sekali penjaga gol, Pepe Reina, dan mengecewakan ribuan penyokong Reds yang mahu melihat permulaan memberangsangkan awal musim ini.\rSebaliknya, Bolton lebih menyerlah ketika berkunjung ke gelanggang QPR apabila membelasah muka baru liga itu menerusi jaringan Gary Cahill pada minit ke-45, gol sendiri Daniel Gabbidon (m-67), Ivan Klasnic (70) dan Fabrice Muamba (79).\rWolves turut mencatat kemenangan apabila menewaskan Blackburn 2-1 di tempat lawan manakala dua perlawanan lain turut menyaksikan keputusan seri apabila Fulham dan Aston Villa gagal memecah kebuntuan manakala Wigan terikat 1-1 dengan Norwich. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|