CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

Torres terlepas aksi pembukaan

[Copy link]
Post time 13-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Fernando Torres (kiri) mungkin terlepas perlawanan pembukaan Chelsea di Stoke selepas mengalami gegaran kepala ketika tugasan antarabangsa.\rPenyerang bernilai 50 juta pound (RM243.5 juta) yang dibeli dari Liverpool Januari lalu, menjalani imbasan tomografi berkomputer (CAT) selepas mengalami kecederaan ketika Sepanyol ditewaskan Itali, Rabu lalu.\r\n\n\n\n\r  Torres didapati mengalami gegaran kecil dan tidak mampu menjalani latihan kelmarin, apabila pengurus baru Blues, Andre Villas-Boas mengadakan sesi persiapan pertama menjelang kunjungan ke Stadium Britannia.\r\r\n\n\n\n\n  Ketika Villas-Boas masih belum memadam nama pemain Sepanyol itu, Torres akan dipantau sepanjang 24 jam ini.\rChelsea pasti enggan mengambil sebarang risiko, terutama apabila Didier Drogba jarang diturunkan di barisan hadapan.\rVillas-Boas turut dilihat beraksi tanpa pertahanan Brazil, David Luiz, yang terlepas kebanyakan program pra musim kerana tugasan aksi Copa America dan tidak dapat menjalani latihan, kelmarin.\rPenyerang, Daniel Sturridge juga terlepas aksi apabila memulakan penggantungan tiga perlawanan selepas diarahkan keluar padang pada perlawanan terakhir musim lalu ketika bermain secara pinjaman untuk Bolton.\r\n\n\n\n\rNamun berita baik buat Blues ialah Branislav Ivanovic sudah kembali menjalani latihan walaupun Villas-Boas masih mempunyai Jose Bosingwa untuk membantu. – Agensi.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.029518 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list