|
Jagoan Sepanyol tersungkur di Montreal selepas berehat lima minggu\rMONTREAL: Rafael Nadal yang kembali ke gelanggang selepas berehat lima minggu, gagal menemui rentak apabila pemain nombor dua dunia itu tewas 1-6,7-6,7-6 kepada pemain Croatia, Ivan Dogig dalam perlawanan pembukaannya di Montreal Masters, kelmarin. \r\n\n\n\n\r Kembali beraksi buat pertama kali selepas tersungkur kepada Novak Djokovic pada perlawanan final Wimbledon 3 Julai lalu, Nadal kelihatan bersedia seperti sedia kala selepas beraksi cemerlang pada set pembukaan pusingan kedua.\r\r\n\n\n\n\n Walaupun menampilkan prestasi tidak konsisten, Nadal tampak mempunyai ruang mengikat perlawanan apabila dia mendahului 5-3 pada set penentuan dan servis perlawanan namun juara dua kali Kanada di gelanggang keras itu kelihatan terlalu sukar untuk mengetepikan lawannya yang dianggap degil itu. \rIa adalah kekalahan pertama Nadal dalam perlawanan pembukaan sejak kejohanan di Rome 2008. Kekalahan itu akan menjadi tamparan kepada persediaan Flushing Meadows yang mana pemain Sepanyol itu bakal mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Amerika Syarikat, bulan ini. \r“Saya tidak merasakan yang saya bermain dengan teruk namun kelihatan di saat-saat genting saya tidak bermain dengan baik,” katanya kepada wartawan. “Saya rasa saya bermain dengan baik tetapi itulah tenis,” katanya. - Reuters\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|