|
\'Mereka layak dapat penghargaan saya\'\rLONDON : Dengan pengurus baru Andre Villas-Boas tidak menjengah jendela perpindahan, Chelsea melancarkan kempen baru merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester United dengan skuad sama musim lalu yang semakin dimamah usia.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, jurulatih berusia 33 tahun dari Portugal itu tidak menggunakan sepenuhnya dana disediakan jutawan Russia, Roman Abramovich untuk membawa masuk pemain baru, sebaliknya hanya mendapatkan khidmat penjaga gol simpanan – Thibaut Courtois dan pemain tengah Barcelona, Oriol Romue.\r\r\n\n\n\n\n Villas-Boas memilih untuk berpegang kepada pemain sedia ada dan menggunakan pengalaman mereka untuk mencapai misi musim ini. Timbul keraguan ke atas pemain berusia 30-an – John Terry, Frank Lampard dan Didier Drogba yang di ambang persaraan – tetapi pengendali muda itu masih menaruh keyakinan terhadap tiga tonggak utama pasukan yang cukup berjasa sepanjang tujuh tahun lalu.\r“Inilah pemain yang layak mendapat penghargaan daripada saya,” kata Villas-Boas. “Mereka sudah mengecap banyak kejayaan tetapi masih dahagakan kejayaan.” \rTerry, Lampard dan Drogba akan kekal mempunyai pengaruh kuat di bilik persalinan tetapi Villas-Boas, yang perlu membawa kejayaan segera musim ini untuk mengelak dipecat Abramovich, memerlukan beberapa pemain ternama lain untuk mula menonjolkan kemampuan mereka.\rAntaranya Fernando Torres, yang hanya menjaringkan satu gol dalam 18 penampilan selepas dibeli pada harga 50 juta pound (RM244 juta) dari Liverpool Januari lalu. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|