|
BEKAS juara Olimpik dan dunia, Taufik Hidayat berundur daripada kancah Kejohanan Dunia, kelmarin dengan nota sedih - yang juga mungkin kali terakhir buat pemain Indonesia itu dalam kerjayanya.\rKekalahan mengejut 21-17, 21-14 kepada pemain ranking ke-49 dunia dari Singapura Wong Zi Liang jelas menyentap sambutan harijadi ke-30 dan apabila ditanya punca kekalahan di pusingan dua itu, dia menjawab: “Saya tidak tahu...saya tidak tahu.”\r\n\n\n\n\r Nyata sekali kekalahan itu turut membuka laluan baik kepada Lee Chong Wei. Namun, pemain nombor satu dunia itu yang memburu gelaran di sini berkata: “Saya sebenarnya tidak begitu bimbangkan Taufik, tapi lebih kepada Chen Jin.”\r\r\n\n\n\n\n Taufik dan Chen Jin berada dalam undian Chong Wei dan berikutan ketiadaan pemain Indonesia itu, besar kemungkinan pemain China itu akan ditemuinya di separuh akhir nanti. \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|