CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Tender MRT September

[Copy link]
Post time 12-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
18 pakej ditawar berperingkat hingga Disember 2012\rSYARIKAT Prasarana Negara Bhd (Prasarana) akan mula menganugerahkan tender bagi pakej kerja sivil bahagian atas landasan serta pembinaan stesen dan depot bagi projek Lembah Klang My Rapid Transit (MRT) kepada kontraktor yang layak, mulai September ini.\r\n\n\n\n\r  Semua tender  membabitkan 18 pakej kerja itu akan ditawarkan secara berperingkat sehingga Disember tahun depan.\r\r\n\n\n\n\n  Daripada 18 pakej kerja yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori terbuka dan kategori Bumiputera itu, lapan diperuntukkan untuk kerja sivil bahagian atas landasan, lapan untuk pembinaan stesen bahagian atas, manakala bakinya untuk kerja pembinaan depot.\rBagi melancarkan proses pemberian tender berkenaan, Prasarana  menyenarai pendek 28 syarikat milik persendirian, usaha sama dan konsortium.\rPengarah Urusan Prasarana, Shahril Mokhtar, berkata daripada lapan pakej kerja sivil bahagian atas landasan itu, lima diperuntukkan kepada 11 syarikat yang disenarai pendek di bawah kategori terbuka, dengan masing-masing akan bersaing untuk mendapatkan bahagian kerja berkenaan.\rKatanya, baki tiga lagi pakej akan diberikan kepada kontraktor yang akan dilantik daripada 10 syarikat yang sudah disenarai pendek di bawah kategori Bumiputera.\r\n\n\n\n\r“Peringkat awal tender  membabitkan dua pakej kerja sivil bahagian atas landasan itu akan ditawarkan seawal bulan depan,” katanya sambil menambah pakej pertama  merangkumi pembinaan landasan sepanjang 5.4 kilometer merentasi Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras; sementara pakej kedua  pula di laluan  5.2 kilometer dari Taman Suntex sehingga Bandar Tun Hussein Onn.\rBagi pembinaan stesen pula, 12 syarikat disenarai pendek di bawah kategori terbuka untuk merebut lima pakej kerja, sementara 12 syarikat Bumiputera pula akan bersaing merebut tiga pakej kerja yang diperuntukkan kepada mereka.\rPakej kerja pembinaan depot yang menawarkan dua pakej kerja pula menyaksikan sembilan syarikat disenarai pendek di bawah kategori terbuka untuk merebut satu pakej kerja, sementara lapan syarikat Bumiputera bersaing untuk merebut satu lagi bakinya.  \rShahril berkata, pemilihan kontraktor yang disenarai pendek itu dibuat berdasarkan kepada tujuh faktor utama iaitu keupayaan kewangan syarikat; rekod prestasi; pengalaman; kakitangan pengurusan sedia ada; purata perolehan tahunan kerja pembinaan dalam tempoh lima tahun lalu; teknologi dan kepakaran yang meliputi ketersediaan loji, mesin dan peralatan sedia ada; serta amalan kualiti, keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.\r“Bagi syarikat JV pula, penilaian teknikal dan kewangan dijalankan terhadap setiap syarikat dengan skor jumlah mata kewangan dan teknikal digabungkan berdasarkan kepada peratusan ekuiti masing-masing,” katanya yang turut menambah tender bagi pakej kerja lain akan diumumkan Prasarana dalam tempoh terdekat ini.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.264114 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list