|
DUA nasib berbeza buat pemain skuasy negara di kancah skuasy Terbuka Australia, semalam apabila ratu skuasy negara, Nicol David berjaya mara ke suku akhir manakala Ong Beng Hee terpaksa gigit jari pulang awal selepas terkandas di pusingan kedua di Canberra, semalam.\rDalam saingan merebut tiket ke separuh akhir nanti, Nicol dijangka tidak menghadapi masalah menumpaskan Annie Au dari Hong Kong selepas berjaya menewaskan pemain ran璳ing kesembilan dunia itu pada Terbuka Singapura, bulan lalu.\r\n\n\n\n\rDalam suku akhir, Nicol me璶gatasi pemain England, Emily Whitlock 11-9, 11-7, 11-5.\r\r\n\n\n\n\n“Dia (Whitlock) bermula baik tapi apabila saya ubah sedikit corak permainan dia mula melakukan kesilapan,” kata Nicol mengenai pemain yang mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Dunia Remaja di Boston, bulan lalu. \rTerdahulu, Beng Hee tewas kepada juara bertahan dan pemain nombor satu dunia dari England, Nick Matthew 11-7, 11-8, 11-9.\rPerlawanan pusingan kedua bersambung hari ini dengan pemain negara, Delia Arnold bertemu Joelle King dari New Zealand manakala Mohd Nafiizwan Adnan menentang pemain nombor tujuh dunia, Peter Barker dari England.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|