View: 151|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Pasaran saham Asia kembali rancak
[Copy link]
|
|
Rizab Persekutuan AS jamin pastikan kadar faedah kekal paras rendah tempoh 2 tahun\rPASARAN saham Asia kembali rancak semalam selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberi jaminan untuk memastikan kadar faedah di negara itu kekal pada paras rendah iaitu hampir sifar untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi.\r\n\n\n\n\r Tokyo melonjak 1.05 peratus atau 94.26 peratus kepada 94.26 peratus kepada 9,038.74 mata, Sydney menokok 2.64 peratus atau 106.5 mata kepada 4,141.3 dan Seoul menambah 0.27 peratus atau 4.89 mata kepada 1,806.24.\r\r\n\n\n\n\n Hong Kong meraih 2.34 peratus atau 452.97 mata kepada 19,783.67 selepas mempamerkan prestasi buruk kelmarin apabila menjunam 5.66 peratus.\rShanghai meningkat 0.91 peratus atau 23.11 mata kepada 2,549.18.\rPasaran saham utama serantau juga mengikut jejak Wall Street apabila melonjak selepas pengumuman Rizab Persekutuan bahawa pertumbuhan ekonomi tahun ini ‘agak perlahan’ berbanding jangkaan, justeru memberi gambaran mengenai kebimbangan bank pusat AS itu mengenai tekanan inflasi kini semakin reda.\rJawatankuasa dasar bank itu berhenti menawarkan program rangsangan QE2 yang bernilai AS$600 bilion walaupun berkata, mereka sedang mencari kaedah yang sesuai untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.\r\n\n\n\n\rPengumuman mengenai kadar faedah itu bagaimanapun sudah mencukupi untuk memberikan sedikit sokongan sangat bermakna.\rWall Street mencatatkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan pada saat akhir dagangan New York, dengan Dow ditutup 3.98 peratus atau 430 mata kepada 11,239.77. Indeks itu sebelumnya berada 200 mata lebih rendah kira-kira 45 minit sebelum penutup.\rS&P 500 meraih 4.74 peratus manakala Nasdaq melonjak 5.29 peratus.\rKecemerlangan itu turut melanda Eropah apabila penanda aras London FTSE 100 melonjak 1.8 peratus, DAX 30 dari Frankfurt menokok 2.09 peratus dan CAC 40 dari Paris meraih 1.88 peratus.\rMadrid meningkat 2.14 peratus dan Milan menambah 2.8 peratus pada pembukaan, selepas European Central Bank (ECB) memberitahu ia akan membeli bon kerajaan daripada negara anggota yang bermasalah untuk memboleh mereka menyelesaikan kos pinjaman masing-masing. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|