CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

PERODUA kekal prestasi jualan

[Copy link]
Post time 11-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Myvi baru bantu ulangi pencapaian pasaran 16,500 unit kenderaan\rPERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyasar untuk mengekalkan prestasi jualan kenderaannya pada bulan ini seperti pencapaian bulan lalu iaitu 16,500 unit.\r\n\n\n\n\rIa akan dipacu sambutan pengguna terhadap model Myvi barunya yang menyumbang kira-kira 50 peratus atau 8,500 unit daripada jumlah keseluruhan jualan pada Julai.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata prestasi jualan itu meningkat sehingga 84 peratus berbanding Jun yang mencatat jualan sebanyak 8,900 unit.\r“Kami kini  di landasan tepat untuk kembali menerajui pasaran kenderaan yang sebelum ini terjejas berikutan  tsunami dan gempa bumi yang melanda Jepun.\r“Setakat ini, PERODUA menerima tempahan 27,000 unit Myvi sejak dibuka pada 4 Jun lalu dengan kira-kira 11,000 daripadanya sudah diserahkan kepada pelanggan kami,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama 40 pelajar sekolah rendah di Kuala Lumpur semalam.\rKatanya, beliau yakin momentum itu dapat dikekalkan sehingga hujung tahun ini berdasarkan sambutan yang diterima daripada pelanggan.\r\n\n\n\n\rMengenai kemungkinan PERODUA untuk bergabung dengan Proton Holdings Bhd setelah wujudnya pakatan antara syarikat penerbangan AirAsia Bhd dan Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) yang diumumkan kelmarin, Aminar Rashid berkata, pihaknya sudah menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan tidak nampak keperluan untuk bergabung kerana kedua-dua syarikat itu menjalankan model perniagaan yang berbeza.\r“Bagaimanapun kami sudah mengadakan perbincangan bersama untuk melakukan kerjasama strategik dalam beberapa kawasan seperti pembelian bahan mentah yang sama.\r“Setakat ini perbincangan yang dijalankan  positif dan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan masyarakat,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.314577 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list