|
Benfica, Sporting sibuk membeli pemain baru untuk hadapi musim 2012\rLISBON: Benfica dan Sporting sudah menggilap barisan pemain sebelum bermula musim baru Liga Perdana Portugal tetapi pasukan Porto yang tidak banyak berubah masih sebuah pasukan yang harus ditewaskan walaupun tanpa jurulatih lama, Andre Villas-Boas. \r\n\n\n\n\r Porto memenangi tiga kejuaraan sebelum Villas-Boas menyertai Chelsea Jun lalu, menjulang trofi Liga Europa, Piala Portugal dan tanpa kalah dalam saingan liga domestik, menamatkan saingan 21 mata di depan pasukan tangga kedua Benfica dan 36 mata di depan pasukan tangga ketiga, Sporting.\r\r\n\n\n\n\n Berbeza dengan kerancakan pasaran jual beli pemain, Porto setakat ini mengekalkan semua tonggak mereka termasuk penyerang Brazil, Hulk dan penyerang berbakat Colombia, Radamel Falcao.\rPengurus baru, Vitor Pereira juga membuat permulaan baik, membimbing pasukan itu menewaskan Vitoria Guimaraes 2-1 dalam perlawanan Piala Super Portugal, Ahad lalu.\r“Perkara paling seronok menjadi jurulatih bola sepak ialah tekanan, lebih tinggi tahapnya, lebih tenang saya hadapinya. Saya seronok,” katanya.\rPersoalan tetap timbul sama ada Pereira yang kurang berpengalaman mampu menangani tekanan tinggi dalam saingan Liga Juara-Juara dan saingan getir dalam pertandingan tempatan terutama jika mereka gagal menghalang kelab besar Eropah lain memancing Falcao.\r\n\n\n\n\rJurulatih Benfica, Jorge Jesus pula cuba mengisi ruang kekosongan pemain yang terbukti menyebabkan benteng pasukan itu rapuh.\r“Inilah kumpulan pemain paling seimbang pernah saya uruskan sejak tiga musim di sini, skuad ini mempunyai kepelbagaian,” kata Jesus. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|