|
BEREGU harapan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia apabila menumpaskan pasangan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan 21-6, 20-22, 21-15 di Arena Wembley, semalam.\rPasangan negara yang diletakkan sebagai pilihan keempat, bakal bertemu sama ada Chen Hung Ling-Lin Yu Lang dari Taiwan atau pasangan Jerman, Ingo Kindervater-Johannes Schoettlier dalam pusingan ketiga, hari ini. \r\n\n\n\n\r Terdahulu dalam perlawanan pusingan kedua, pasangan negara bermula garang pada set pertama yang berkesudahan 21-6 tetapi gagal mengekalkan rentak pada set kedua apabila beregu China itu bangkit untuk menang 22-20.\r\r\n\n\n\n\n Biarpun pernah tiga kali menumpaskan pasangan China itu, anak didik Rexy Mainaky akhirnya menempah kemenangan pada set ketiga dalam perlawanan yang mengambil masa sejam enam minit.\rBegitupun, beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang pernah dua kali menumpaskan Mizuki Fujii-Reika Kakiiwa dari Jepun, gagal meneruskan kemaraan selepas tunduk kepada pasangan pilihan keempat itu, 21-16, 22-24, 22-20.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|