|
DETIK perit ditanggung Chen Long yang kalah mengejut, kelmarin harus menjadi iktibar kepada Lee Chong Wei ketika digamit tiket ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia.Pada saat ini turut terasa gelisah adalah jurulatih, Tey Seu Bock yang menegur anak didiknya berwaspada dengan ‘ancaman barisan kerdil’ yang kini mendapat semangat baru selepas kejayaan Kevin Gordon dari Guatemala yang mencipta kejutan besar menewaskan pemain pilihan kelima dari China itu dalam pusingan pertama, kelmarin. \n\n\n\nChong Wei akan turun ke gelanggang menentang pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka dalam pusingan kedua, hari ini dan apa sahaja boleh berlaku ketika peminat tanah air menyimpan impian besar mahu menyaksikan pemain nombor satu dunia itu bergelar juara buat julung kali.\n\n\n\n\nDerita Cheng Long turut dirasai pemain pilihan ke15 dari Jepun, Kenichi Tago yang kecundang kepada pemain India, Ajay Jayaram. Perkembangan ini harus membuat Chong Wei membuat langkahan tepat ketika Dionysius yang tewas empat kali kepada Chong Wei sebelum ini pasti ada hajat mahu membalas dendam.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|