CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Khazanah ambil langkah berhati-hati

[Copy link]
Post time 10-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sebut harga liabiliti di bawah portfolio dolar ASKHAZANAH Nasional Bhd mengambil pendekatan berhati-hati dalam strategi pelaburannya di kalangan portfolio syarikatnya seiring keadaan perniagaan global semasa.\rPengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, berkata sebagai pelabur utama, Khazanah mengambil langkah yang tepat dengan menyebut harga liabiliti di bawah portfolio dalam dolar AS.\r\n\n\n\n\r“Ia langkah yang tepat memandangkan dolar AS menyusut,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kerangka kerjasama menyeluruh antara Penerbangan Bhd (MAS), AirAsia dan AirAsia X di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.\r\r\n\n\n\n\nMengikut rangka kerjasama itu, Khazanah akan menguasai 10 peratus saham AirAsia manakala Tune Air Sdn Bhd akan menguasai 20.5 peratus saham MAS.\rKhazanah akan terus menjadi pemegang saham utama dan terbesar MAS.\rKhazanah juga mengemukakan cadangan untuk menguasai 10 peratus saham dalam AirAsia X pada harga yang dipersetujui kemudian.\rMengenai sama ada perjanjian kerjasama itu adalah usaha menyelamat MAS, beliau berkata: “Bukan usaha menyelamat. Tiada tambahan wang kerajaan dan tiada wang daripada AirAsia.\r“Ia pertukaran saham pada peringkat pemegang saham. Kedua-dua syarikat dengan kunci kira-kira serta akaun untung dan rugi yang berlainan. Ia mewujudkan model perniagaan yang lebih baik untuk kedua-dua pihak.”\rSementara itu Fernandes, berkata tidak akan ada perubahan dalam rancangan masa depan syarikat itu untuk menambah bilangan pesawat dan destinasinya meskipun dengan adanya rangka kerja itu.\rKatanya, pemeteraian rangka kerja itu tidak akan mengubah identiti AirAsia kerana ia bertujuan memberikan tumpuan kepada kecekapan teras setiap syarikat penerbangan itu. \rBeliau berkata, rangka kerja berkenaan juga diadakan tepat pada masanya bagi syarikat itu memandangkan persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan di seluruh dunia. \r“Dengan meraih faedah daripada rangka kerja ini, kami juga boleh bersaing dengan peserta besar dalam dunia penerbangan terutama dengan syarikat dari Asia Barat,” tegasnya. \rMengulas mengenai isu kemungkinan berlaku monopoli disebabkan oleh rangka kerja berkenaan, Fernandes berkata, ia tidak akan berlaku kerana tumpuan adalah lebih kepada memanfaatkan tenaga ke arah yang positif dari segi memberikan faedah kepada industri seperti menggalakkan pelancongan dan mewujudkan peluang pekerjaan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.440161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list