|
Mara selepas berehat 8 bulan akibat pembedahan pergelangan tanganMONTREAL: Juan Martin Del Potro memulakan saingan Piala Rogers kelmarin dengan kemenangan mudah 6-4 6-0 ke atas pemain Finland, Jarkko Nieminen di pusingan pertama.\rPemain Argentina itu meneruskan rentak cemerlangnya selepas kembali daripada pembedahan pergelangan tangan yang menyaksikan dia berehat lebih lapan bulan musim lalu.\r\n\n\n\n\r Juara Terbuka Amerika Syarikat 2009 berusia 22 tahun itu memulakan saingan musim ini dengan kekalahan di pusingan kedua di Sydney tetapi bangkit merakam rekod 34-7 termasuk kemenangan di Delray Beach dan Estoril.\r\r\n\n\n\n\n “Saya bermain baik musim ini, saya sudah menewaskan 10 pemain handalan,” kata Del Potro yang memanjat daripada ranking 484 dunia pada Februari ke kelompok 20 teratas dalam sekelip mata.\r“Sudah tentu sasaran saya adalah Grand Slam, ia adalah kegemaran saya dan akan menjadi yang pertama sejak 2009. Tetapi ia adalah kejohanan sukar buat saya selepas 2010. Saya terkeluar daripada sirkit dan kini dalam usaha mengembalikan permainan dan kecergasan saya.”\rSementara itu, Jo-Wilfried Tsonga, pemain ranking ke-13 adalah antara pemain pilihan yang turut beraksi kelmarin tetapi pemain Perancis itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain Itali, Fabio Fognini 6-4 7-6 (7-0). \rPilihan ke-14 dari Switzerland, Stanislas Wawrinka mudah melepasi cabaran Argentina, David Nalbandian 6-1 6-4 manakala pemain Latvia, Ernests Gulbis, meneruskan momentum kemenangan di Los Angeles untuk mengatasi bekas pemain nombor satu dunia, Juan Carlos Ferrero 3-6 6-1 7-5. – Reuters
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|