View: 59|Reply: 0
|
Itali, Sepanyol ambil serius perlawanan persahabatan
[Copy link]
|
|
ROME: Baik Liga Itali mahupun Sepanyol belum bermula, tetapi kedua-dua negara yang akan bertembung dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Rome hari ini, mengambil serius pertemuan berkenaan.\rItali akan menjadi tuan rumah kepada juara dunia itu - ujian terbesar buat mereka sejak Cesare Prandelli mengambil alih tugas Marcello Lippi - berikutan persembahan buruk di Piala Dunia Afrika Selatan, tahun lalu.\r\n\n\n\n\r Azurri yang turun sebagai penyandang juara gagal memenangi sebarang perlawanan peringkat kumpulan, termasuk gagal menewaskan muka baru seperti New Zealand. Sepanyol sebaliknya membuktikan mereka adalah pasukan terbaik ketika itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya mahu melihat karakter dan keberanian pemain merampas bola dan mengawalnya,” kata Prandelli. “Saya berminat untuk melihat sejauh mana kemampuan kami. Sudah tentu Sepanyol mempunyai kelebihan hasil usaha keras mereka ketika pemain masih di peringkat remaja lagi.\r“Tetapi perlawanan ini akan memberi manfaat kepada kami.” \rPemain Sepanyol, Andres Iniesta bersetuju, walaupun pemain kedua-dua negara sibuk membuat persiapan untuk mengharungi musim baru liga kerana perlawanan itu memberi makna cukup besar.\r“Memang betul kita berada di awal musim, tetapi bermain menentang Itali sentiasa memberi rangsangan buat kami,” kata bintang Barcelona itu. “Mereka antara pasukan terbaik dunia dan perlawanan seperti ini tidak boleh dilepaskan. Saya jangkakan ia sengit dan Itali pasti akan menggunakan kelebihan laman sendiri.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|