CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Kabel dasar laut RM297 juta

[Copy link]
Post time 9-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Alat gentian optik tampung permintaan kapasiti data Malaysia-Indonesia   KABEL telekomunikasi gentian optik dasar laut sepanjang 1,200 kilometer (km) antara Malaysia dan Indonesia untuk menampung peningkatan permintaan kapasiti data antara kedua negara itu, dianggarkan membabitkan kos RM297 juta (AS$100 juta).\rKemudahan yang akan dibangunkan oleh Konsortium Johor-Jakarta Cable System (JJCS) yang dianggotai Symphonet Sdn Bhd, syarikat ICT terkemuka tempatan dan PT Interkoneksi Internet Indonesia (3i) itu juga, akan menambahkan pilihan bagi aktiviti penyaluran data berkapasiti tinggi.\r\n\n\n\n\r  Mengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutif Symphonet, Datuk Baharum Salleh, berkata pihaknya yang menguasai kira-kira 50 peratus ekuiti dalam konsortium itu akan memperuntukkan pelaburan sebanyak RM147 juta.  \r\r\n\n\n\n\n  Katanya, syarikat itu kini mengkaji beberapa pilihan untuk mengumpul modal termasuk menerusi kerjasama dengan pelabur luar.\r“Pengumpulan modal menerusi pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) mungkin bukan pilihan kami ketika ini. Bagaimanapun, kami sedang mengkaji penjanaan menerusi sumber lain iaitu daripada pelabur asing.\r“Ada di antara mereka sudah menyatakan kesediaan memperuntukkan jumlah pelaburan yang kami perlukan, namun keputusan akhir akan diputuskan beberapa minggu lagi,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, semalam.\rKabel JJCS antara Johor dan Jakarta itu juga, katanya, berpotensi diperluaskan ke sambungan lain seperti Singapura, Batam, Jambi, Pulau Bangka dan India.\r\n\n\n\n\rBaharum berkata, ramai pelabur luar berminat untuk turut serta dalam projek itu kerana ia menawarkan peluang meneroka pasaran Indonesia, iaitu negara yang memiliki jumlah pendudukan ketiga terbesar dunia.\rPermintaan data, katanya, dijangka terus meningkat khususnya apabila Indonesia, yang memiliki kira-kira 200 juta pelanggan selular, melancarkan perkhidmatan jalur lebar 4G tidak lama lagi.\rKatanya, jika perkhidmatan itu diperkenalkan kelak, republik itu bercadang membina sambungan gentian optik terus ke rumah dan pejabat untuk memenuhi keperluan penduduknya.\r“Jika terlaksana, Indonesia akan mengalami peningkatan mendadak dalam keperluan kapasiti data, justeru kami sebagai syarikat bebas yang menyediakan akses keluar trafik data dapat menyediakan kapasiti yang diperlukan pada harga yang rendah dan berdaya saing. \r“Harga yang lebih rendah ini juga bakal dinikmati oleh pengguna di negara ini, kerana kabel gentian optik yang digunakan adalah yang termoden dengan keupayaan menampung kapasiti maksimum sehingga 40 terabit sesaat (Tbps),” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.403455 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list