CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63|Reply: 0

Scott catat sejarah

[Copy link]
Post time 9-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Raih gelaran elit WGC  buat kali pertamaAKRON, Amerika Syarikat: Pemain Australia, Adam Scott menjuarai Jemputan Golf Dunia (WGC)-Bridgestone selepas melakukan 65 pukulan pada pusingan terakhir kelmarin untuk kemenangan empat pukulan mengatasi Luke Donald dan Rickie Fowler.\rScott, yang mendapat khidmat bekas caddie Tiger Woods, Steve Williams, mencatat keseluruhan 263 pukulan, 17 bawah par yang menjelmakan gelaran elit WGC pertama buat dirinya.\r\n\n\n\n\r   “Saya akhirnya dapat bermain baik di lapangan ini,” kata Scott yang menamatkan permainan dengan birdie di lubang ke-72. “Ini adalah kemenangan terbesar dalam karier saya. Menjuarai kejohanan ini adalah antara sasaran utama saya tahun ini, selain kejohanan utama lain.”\r\r\n\n\n\n\n   Pemain nombor satu dunia, Donald dan Fowler masing-masing mencatat 66 pukulan untuk 267 keseluruhan manakala pemain remaja sensasi Jepun, Ryo Ishikawa melakukan 69 pada hari terakhir untuk berkongsi tempat keempat dengan Jason Day dari Australia.\rBagi Scott, antara kelebihannya ialah mempunyai pengalaman Williams yang pernah membantu Woods menjuarai kejohanan di lapangan Firestone sebanyak tujuh kali. \r“Jelas sekali dia mempunyai pengetahuan luas mengenai lapangan ini,” kata Scott berkenaan Williams yang dipecat Woods musim panas lalu.\rWoods yang kembali menyertai kejohanan selepas pulih daripada kecederaan tiga bulan lalu, sekadar mencatat 281, satu atas par keseluruhan untuk berkongsi kedudukan ke-37. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.229670 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list