|
PASANGAN \'kontroversi\' negara, Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How menegaskan penarikan diri juara Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan dalam Kejohanan Dunia di Arena Wembley yang disingkap tirainya hari ini, belum tentu menjamin kemaraan ke suku akhir.\rBerdasarkan undian, Zakry-Thien How sepatutnya menentang juara dunia 2007 itu pada pusingan ketiga, andai melepasi dua ujian awal - berdepan juara dunia 2005, Howard Bach-Tony Gunawan di pusingan pertama hari ini, atau pilihan ke-10, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu dari Taiwan di pusingan kedua.\r\n\n\n\n\r Namun, pasangan utama Indonesia itu menarik diri gara-gara Markis mengidap demam kepialu.\r\r\n\n\n\n\n “Penarikan diri gandingan lawan itu memang berita baik, tetapi kami tidak mahu memikirkan sangat. Apa yang penting, kami perlu fokus menghadapi perlawanan pertama esok (hari ini).\r“Andai menang, ia akan memudahkan cabaran kami, seterusnya mara ke suku akhir seperti yang disasarkan,” kata Zakry selepas latihan terakhir, semalam.\rGandingan itu yang tersepit dalam kontroversi ekoran pemilihan yang dipertikaikan oleh beregu bebas, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen yang layak secara merit, menegaskan sudah bersedia menyahut cabaran Wembley.\r“Kami sudah lupakan kontroversi itu dan tidak sabar membuktikan kemampuan sebenar,” kata Zakry yang pernah mara ke separuh akhir kejohanan itu pada 2009 ketika bergandingan dengan Mohd Fairuzizuan Tazari.\r\n\n\n\n\rSelain mereka, cabaran negara dalam acara beregu lelaki turut digalas pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mendapat bye dalam pusingan pertama dan Chan Peng Soon-Lim Khim Wah.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|