View: 231|Reply: 0
|
Lotus keluar model kompak hibrid 2013
[Copy link]
|
|
Pengeluaran kereta sport mewah Ethos berasaskan konsep hampir menyamai Proton EmasLOTUS Group Plc, anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd yang sebelum ini terkenal dengan pengeluaran kereta sport mewah, bercadang mengeluarkan model kereta kompak hibrid yang dikenali sebagai Ethos menjelang 2013.\rIa adalah antara beberapa langkah pengeluar kenderaan berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menjayakan pelan pemulihan supaya kembali menjadi sebuah syarikat yang untung.\r\n\n\n\n\r Sumber berkata, kereta kompak yang akan dikeluarkan itu adalah berasaskan Kereta Konsep Pemanduan Bandar Lotus, yang hampir menyamai model konsep, Proton Emas, yang pernah dipamerkan kumpulan itu di Pameran Kereta Antarabangsa Geneva Ke-80 pada awal tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya difahamkan Lotus sudah bersetuju memulakan pengeluaran kereta kompak itu menjelang 2013. Ia dinamakan Lotus Ethos.\r“Walaupun hampir menyamai Proton Emas, namun ia bukan menggunakan pakai keseluruhan model konsep itu. Ethos adalah kereta konsep versi Lotus yang akan menggunakan sentuhan serta teknologi Lotus.\r“Model itu juga dijangka dipasang oleh syarikat induk Lotus iaitu Proton di Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.\rLotus adalah pengeluar kereta mewah kedua UK selepas Aston Martin dengan kerjasama Toyota yang bercadang mengeluarkan kereta kompak yang dikenali sebagai Aston Martin Cygnet yang dibangunkan berasaskan model Toyota iQ dan mula dikeluarkan hujung tahun lalu.\r\n\n\n\n\rSumber berkata, Lotus Ethos dengan 3.5 meter panjang itu adalah lebih besar sedikit berbanding Aston Martin Cygnet and Toyota iQ.\r“Ia adalah lebih besar berbanding Toyota iQ, tetapi ia tetap kecil, mungkin saiznya hampir sama dengan Toyota Aigo.\r“Ethos baru itu menggunakan enjin hibrid. Ia dijangka menawarkan sumber tenaga seperti yang dipamerkan pada versi konsep iaitu dilengkapi pacuan hibrid yang dipadukan dengan enjin petrol tiga silinder 1.2 liter,” jelas beliau.\rModel baru itu katanya, berkeupayaan untuk dipandu pada jarak sehingga 60 kilometer (km) dengan menggunakan kuasa elektrik semata-mata.\rBagaimanapun, katanya, jika menggunakan enjin yang dipertingkatkan, Ethos dijangka berupaya mencapai jarak sehingga 500km dengan kuasa elektrik.\rDengan berat kurang daripada 1400 kilogram, model itu mampu memecut daripada sifar hingga 50 km sejam (km/h) dalam tempoh 4.5 saat dan hingga 100km/h da-\rlam tempoh sembilan saat. Halaju maksimumnya pula adalah 170 km/h.\rPada Jun lalu, Proton memperoleh modal berjumlah 270 juta pound (RM1.33 bilion) untuk membiayai pelan transformasi perniagaan lima tahun Group Lotus \rbagi membolehkan pengeluar kereta sport berprestij itu kembali menjana keuntungan menjelang 2014.\rModal itu diraih menerusi kemudahan pinjaman bersindiket bertempoh tujuh tahun daripada sekumpulan enam bank yang diketuai CIMB Bank.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|