|
Scott gah dahului hari ketiga jemputan Bridgestone \rAKRON, Amerika Syarikat: Adam Scott melakukan tiga birdie dalam lima lubang terakhirnya untuk mendahului hari ketiga jemputan Bridgestone dengan satu pukulan mengatasi Ryo Ishikawa dan Jason Day, manakala bekas pemain nombor satu dunia, Tiger Woods terus malang dalam penampilan pertamanya sejak tiga bulan lalu.\rWoods terus tergelincir daripada saingan di lapangan Firestone yang pernah menjelmakan tujuh kejuaraan buatnya, tetapi juara 14 kali kejohanan utama itu percaya, ada tanda positif dalam permainannya.\r\r Kebanyakan pukulan Woods disia-siakan di atas green, tiga kali putt pada lubang terakhir untuk menamatkan permainan hari ketiga dengan dua atas 72, namun dia yakin permainannya semakin meningkat.\r\n\n\n\n\n\r“Saya mula rasakan sentuhan di tangan saya,” kata Woods yang melakukan empat bogey dan dua birdie kelmarin. “Pukulan iron saya juga bertambah baik di mana saya mendapat jarak tepat untuk setiap pukulan.\r“Cuma saya masih bergelut di kotak tee untuk mendapatkan pukulan terbaik. Sebelum ini pukulan saya sedikit melencong, tetapi sekarang lebih lurus. Jadi saya kena sesuaikan diri dengan perubahan ini, agak sukar untuk melakukannya dalam kejohanan.”\rWalaupun gagal merebut kejuaraan, Woods menjadikan kejohanan ini sebagai medan persiapan sebelum Kejohanan PGA di Atlanta minggu depan, dalam usahanya memecah rekod 18 kejuaraan utama yang dipegang Jack Nicklaus. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|