|
AUCKLAND, New Zealand: Barisan serangan All Blacks menjelmakan sembilan try dalam dua perlawanan ujian Tiga Negara tetapi benteng pertahanannya yang menjadi mimpi ngeri buat lawan menjelang saingan Piala Dunia.\rJurulatih New Zealand, Graham Henry dan pesaingnya dari Australia, Robbie Deans sependapat mengatakan pertahanan All Blacks adalah faktor utama yang memberikan kemenangan 30-14 pasukan itu ke atas Wallabies di Eden Park, Auckland, kelmarin.\r\n\n\n\n\r “Pertahanan (All Blacks) beraksi cemerlang,” kata Henry ketika diminta mengulas kejayaan ke atas Australia, yang turut dipersetujui Deans. “Mereka bekerja sebagai satu pasukan dan itu kualiti penting ketika kempen Piala Dunia nanti.”\r\r\n\n\n\n\n All Blacks melakukan 116 terjahan dan terlepas hanya 21 ketika menentang Wallabies, manakala minggu sebelumnya 99 terjahan dilakukan dan hanya terlepas enam kali ketika menewaskan Afrika Selatan 40-7.\rPada perlawanan menentang Afrika Selatan, All Blacks melakukan enam try dan dibolosi satu, keputusan yang membuatkan jurulatih Springboks, Peter de Villiers terpaksa mengakui New Zealand sebagai pilihan untuk menjuarai Piala Dunia, bermula 9 September ini. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|