|
LONDON: Arsene Wenger, kelmarin kembali menegaskan dia mahu kapten Arsenal yang masih dibelenggu kemelut perpindahan, Cesc Fabregas mengenepikan perhatian diberi Barcelona dan kekal bersama kelab sekalipun mungkin pemain Sepanyol itu bakal terlepas aksi awal musim baru.\rCubaan terbaru Barcelona menggoda Fabregas ke Nou Camp ditolak pada Jumaat dengan Sky Sports mendakwa Arsenal tegas mempertahankan tawaran 40 juta pound (RM196.21 juta) sebagai ganti pemain tengah itu.\r\n\n\n\n\r “Saya tidak fikir Fabregas akan bersedia memulakan musim ini kerana dia sudah lama tidak tidak beraksi,” kata Wenger merujuk kepada pemain yang dibelenggu kecederaan hamstring.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak mahu memperkatakan mengenai perpindahan Fabregas kerana saya sudah berbuat demikian tiga tahun lalu dalam setiap sidang akhbar. Saya tidak fikir ada sebarang keperluan untuk menambah.\r“Saya sayang Fabregas dan saya mahu dia kekal, itu asasnya. Setiap orang bebas berfikir apa yang mereka mahukan. Kita tidak boleh menghentikan orang ramai daripada membangkitkan soalan.” \rJuara Eropah, Barcelona sebelum ini gagal dengan tawaran kira-kira 30 juta pound (RM147.16 juta), peningkatan berbanding tawaran 29 juta pound (RM142.25 juta) ditambah enam juta pound (RM29.43 juta) sebagai tambahan masa depan turut gagal menggoda Gunners. - AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|