|
SAINGAN LPGA Malaysia Sime Darby pada 13 hingga 16 Oktober ini dijangka lebih menarik dan sengit, terutama dengan kehadiran juara Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu, Paula Creamer.\rCreamer yang tidak dapat beraksi di Kelab Golf Kuala Lumpur tahun lalu akibat kecederaan ibu jari, tidak sabar melakukan penampilan sulung di Malaysia.\r\n\n\n\n\r “Ini kali pertama saya berada di sini,” kata Creamer yang berada di ibu negara bersama seorang lagi pemain golf terkemuka, Natalie Gulbis. “Lapangan di sini tampak hebat dan sesuai dengan permainan saya.\r\r\n\n\n\n\n “Saya bermain dengan baik sejak beberapa bulan lepas, tetapi agak sukar sedikit kerana baru pulih daripada kecederaan.” \rCreamer dan Gulbis menamatkan tempoh lawatan lima hari ke Malaysia dengan mengadakan klinik golf untuk Program Pembangunan Sime Darby LPGA Malaysia.\rSementara itu, Gulbis yang berkongsi kedudukan ke-12 dalam edisi sulung LPGA Malaysia Sime Darby tahun lalu, menyatakan keazamannya untuk bangkit merebut kejuaraan tahun ini.\r“Tahun lalu keadaan agak sukar dengan aktiviti padat dan cauca panas di sini,” kata Gulbis. “Tetapi saya rasa semakin selesa dengan lapangan ini dan berharap dapat beraksi dengan lebih baik kali ini.\r\n\n\n\n\rGulbis ketika ini berada di ranking ke-102 dunia manakala Creamer, 9.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|