View: 175|Reply: 0
|
CIMB teroka pasaran Sri Lanka
[Copy link]
|
|
Usaha sama dengan dua tokoh perbankan tubuh bank pelaburan\rCIMB Group Holdings Bhd, mengembangkan lagi sayapnya pada peringkat antarabangsa dengan meneroka pasaran perbankan pelaburan dan khidmat nasihat korporat di Sri Lanka.\r\n\n\n\n\r Penerokaan itu dibuat menerusi anak syarikatnya CIMB Securities International Pte Ltd, yang menjalinkan usaha sama dengan dua tokoh perbankan negara di Asia Selatan itu, iaitu Alex Lovell dan Reshani Dangalla.\r\r\n\n\n\n\n Di bawah perjanjian yang dimeterai semalam, CIMB Group akan memegang 51 peratus kepentingan dalam bank pelaburan yang bakal ditubuhkan itu, manakala baki 49 peratus lagi oleh Lovell dan Dangalla.\rBank pelaburan usaha sama itu akan memanfaatkan kepakaran dan rangkaian rakan kongsi tempatan dan serantaunya yang meluas untuk menyediakan perkhidmatan perbankan pelaburan dan khidmat nasihat kepada pelabur domestik dan pasaran modal Sri Lanka yang kini berkembang pesat.\rPerkhidmatan yang bakal disediakan juga termasuk khidmat nasihat kewangan korporat serta penstrukturan ekuiti dan sekuriti pendapatan tetap.\rMengulas perkembangan itu, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, berkata kumpulan itu kagum dengan tahap perkembangan industri kewangan di Sri Lanka dan percaya dengan potensi pertumbuhan ekonominya.\r\n\n\n\n\r“Kebanyakan pelanggan Asean kami sudah mempunyai rakan dagang dan pelaburan di sini. Kami mahu bekerjasama dengan mereka dan juga menggalakkan pelanggan kami yang lain untuk meneroka peluang di Sri Lanka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur semalam.\rSementara itu, Lovell berkata, Sri Lanka akan menjadi destinasi pelaburan yang penting. \r“Prospek adalah sangat cerah untuk Sri Lanka. Kami telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi ketara, disokong oleh persekitaran polisi dan perundangan yang baik termasuk insentif terbaik yang disediakan oleh kerajaan.\r“Justeru, dari segi masa, usaha sama ini adalah tepat,” katanya.\rDangalla pula berkata, Sri Lanka telah berkembang dan komuniti perniagaan antarabangsa kini menumpukan perhatian kepada negara itu berdasarkan kepada sambutan begitu menggalakkan terhadap terbitan bonnya baru-baru ini.\r“Penubuhan usaha sama dengan sebuah kumpulan perbankan universal dari Asean adalah satu lagi pengiktirafan terhadap potensi Sri Lanka,” katanya.\rLovell ialah ahli perbankan pelaburan yang dihormati di Sri Lanka, Arab Saudi dan Australia.\rBeliau adalah Timbalan pengerusi Sri Lanka Union Bank dan adalah anggota Chartered Institute of Management Accounts (United Kingdom) dan Felow Bersekutu Australian Marketing Institute.\rDangalla pula mempunyai pengalaman yang luas dalam perbankan pelaburan dan korporat dan pernah berkhidmat di intitusi kewangan global di Asia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|