|
Kelab Mexico belasah juara Eropah 4-1 dalam perlawanan persahabatan\rMIAMI: Marco Fabian menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit untuk membantu kelab Mexico, Chivas Guadalajara mencatat kemenangan menakjubkan 4-1 ke atas gergasi Sepanyol Barcelona dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Juara Eropah itu mendahului pada separuh masa menerusi jaringan David Villa pada minit ketiga, tetapi Chivas bangkit dengan menjaringkan tiga gol dalam tempoh 12 minit pada babak kedua.\r\r\n\n\n\n\n Kunjungan Barcelona menyaksikan 70,080 peminat memenuhi Stadium Sun Life, gelanggang NFL Miami Dolphins - satu rekod dalam perlawanan bola sepak di Florida Selatan.\rFabian menyamakan kedudukan pada minit ke-60 dengan rembatan jarak 30 meter sebelum hantaran lintang Omar Arello dua minit kemudian disudahkan Fabian dengan sepakan gunting.\r“Saya suka berlatih melakukan sepakan itu,” kata Fabian. “Syukur, ia menggegar jaring dan saya harap dapat menjaringkan lebih banyak gol dengan gaya itu.” \rPenyerang 20 tahun yang beraksi buat musim kelima bersama Chivas itu mengakui gembira kerana menggegarkan dua kali gawang Barcelona.\r\n\n\n\n\r“Ini satu impian menjadi kenyataan, menjaringkan bukan satu tetapi dua gol menentang pasukan hebat seperti Barcelona,” katanya. “Hidup perlu diteruskan, tetapi ia adalah sesuatu yang perlu dihargai.” \rGiovani Casillas menjaringkan gol ketiga pada minit ke-72 sebelum Jose Luis Verduzco melengkapkan jaringan pada minit ke-90. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|