CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 0

MOM perlu selesai isu berat sebelah: Zolkples

[Copy link]
Post time 4-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
MAJLIS Sukan Negara (MSN) menuntut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memainkan peranan bagi memastikan keputusan berat sebelah terutama dalam sukan subjektif yang sering mencetuskan kontroversi di temasya Sukan SEA tidak berulang pada Sukan SEA XXVI di Indonesia, November ini.Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, berkata pihaknya tidak mahu keputusan berat sebelah dalam sukan subjektif terus mencemari temasya dwitahunan itu, sekali gus menyentap semangat atlit yang bertanding atas semangat kesukanan.\n\n\n\n   “Masalah berhubung keputusan berat sebelah adalah antara yang perlu diberi perhatian dan diperjuangkan MOM dengan menggesa Persekutuan Sukan SEA (SGF) menghentikan amalan ini. \n\n\n\n\n   “Sesungguhnya, keputusan berat sebelah terutama yang sering memihak atlit tuan rumah mampu ‘membunuh’ semangat atlit lain yang sudah tentu mengharapkan keadilan dalam pengadilan. “Kerana bimbang ia terus mencemari temasya dwitahunan ini, saya meminta sasaran pingat kontinjen negara diperhalusi semula kerana tidak mahu sasaran tinggi diletakkan menerusi sukan subjektif,” katanya semalam.Zolkples bagaimanapun berkata, belum tiba masa bagi pihaknya mengumumkan sasaran pingat pada temasya di Palembang dan Jakarta itu kerana senarai penuh nama atlit yang bertanding belum dilengkapkan sepenuhnya.“Begitupun, persiapan menghadapi temasya itu berjalan lancar dan kontinjen kali ini membabitkan kombinasi atlit senior dan pelapis. Kita akan mengumumkan jumlah pingat sasaran selepas semua perkara berkaitan diselesaikan, mungkin sebulan sebelum temasya bermula,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.267669 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list