View: 169|Reply: 0
|
TM, Google bantu pengusaha PKS
[Copy link]
|
|
Tawar medium pemasaran dalam talian\rTELEKOM Malaysia Bhd (TM) menjalin usaha sama strategik dengan syarikat penyedia enjin carian antarabangsa Google Inc bagi menawarkan medium pemasaran dalam talian kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.\r\n\n\n\n\r Usaha sama pertama seumpamanya antara TM dan enjin carian paling popular global itu, menyaksikan TM menawarkan platform pengiklanan menerusi carian Google, iaitu Google Adwords, kepada pelanggan PKS di Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n Google Adwords adalah perkhidmatan yang membolehkan syarikat menyiarkan iklan dengan pantas dan mudah pada laman web Google dan laman web rakan usaha samanya.\rNaib Presiden Eksekutif Bahagian IKS TM, Azizi A Hadi, berkata menerusi usaha sama itu, TM akan menawarkan kupon pemasaran Google AdWords kepada pelanggan PKSnya di Malaysia yang boleh digunakan untuk memulakan kempen pemasaran dalam talian.\r“Pada peringkat awal, kupon bernilai antara RM150 dan RM500, akan diberikan secara percuma kepada 50,000 pelanggan PKS Office In A Box dan 18,000 pelanggan UniFi TM sebagai penghargaan dan ganjaran atas kesetiaan mereka.\r“Usaha sama antara peneraju jalur lebar negara dan enjin carian terkemuka dunia itu memberi ruang kepada PKS tempatan menembusi pasaran global tanpa sempadan menggunakan ICT sebagai pengantara pemasaran,” katanya pada majlis memeterai usaha sama strategik antara TM dan Google di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\n\rAzizi mewakili TM, manakala Google oleh Ketua Perniagaan Tempatannya, Sajith Sivanandan.\rHadir sama Pengurus Besar Bahagian PKS TM, Mohamad Yusman dan Ketua Pemasaran Google Asia Tenggara, Derek Callow.\rAzizi berkata, iklan Google Adwords akan dipaparkan bersama keputusan carian apabila seseorang menggunakan sebarang kata kunci pengiklan dalam carian Google.\r“Google Adwords menggunakan model bayar-apabila-klik, bermakna pengiklan hanya perlu membayar apabila iklan mereka diklik,” katanya.\rDalam perkembangan berkaitan, beliau berkata TM akan meneruskan fokus tahun ini meneroka dan bekerjasama dengan rakan usaha sama strategik baru bagi meningkatkan daya saing produk ditawarkan PKS.\rTM, katanya, komited menawarkan medium dan penyelesaian komunikasi khusus dan kos efektif untuk golongan PKS bagi mendorong mereka meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai.\r“Dengan PKS menyumbang sejumlah 37 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, tidak dinafikan mereka adalah antara tunggak kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|