|
Kuasai untuk 7 tahun berturut-turut\rNEW YORK: Maria Sharapova mungkin tidak memenangi sebarang kejuaraan Grand Slam sejak 2008, tetapi pemain tenis Russia itu kekal sebagai ahli sukan profesional wanita yang mendapat bayaran paling tinggi di dunia.\r\n\n\n\n\r Buat tahun ketujuh berturut-turut, Sharapova menduduki tangga teratas senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Forbes, sekalipun gagal menambah kepada tiga kejuaraan Grand Slam yang dimenanginya sekalipun melangkah ke final Wimbledon bulan lalu.\r\r\n\n\n\n\n Pendapatan Sharapova yang kebanyakannya menerusi sokongan di luar gelanggang, dianggarkan bernilai AS$25 juta (RM74.4 juta), tiga kali ganda mengatasi pencabar terdekatnya, Caroline Wozniacki dari Denmark yang kini menduduki tangga nombor satu dunia senarai tenis wanita.\rPemandu wanita Amerika Syarikat (AS), Danica Patrick berada di kedudukan ketiga dengan AS$12 juta (RM35.7 juta), diikuti pemain tenis, Venus Williams, Kim Clijsters dari Belgium dan adik Venus, Serena Williams.\rSeramai tujuh daripada senarai sembilan teratas ahli sukan profesional yang memperoleh pendapatan tertinggi adalah dari sukan tenis, termasuk pemain China, Li Na, yang meraih AS$8 juta (RM23.80 juta) tahun lalu tetapi dijangka akan meningkatkan kedudukan dan mencabar Sharapova selepas kejayaan cemerlangnya menjuarai Terbuka Perancis. – Reuters\rINFO\r\n\n\n\nSenarai 10 teratas ahli sukan profesional yang memperoleh pendapatan tertinggi\r1. Maria Sharapova AS$25 juta (Russia, tenis) \r2. Caroline Wozniacki AS$12.5 juta (Denmark, tenis) \r3. Danica Patrick AS$12 juta (AS, permotoran) \r4. Venus Williams AS$11.5 juta (AS, tenis) \r5. Kim Clijsters AS$11 juta (Belgium, tenis) \r6. Serena Williams AS$10.5 juta (AS, tenis) \r7. Kim Yuna AS$10 juta (luncur ais, Korea Selatan) \r8. Li Na AS$8 juta (China, tenis) \r9. Ana Ivanovic AS$6 juta (Serbia, tenis) \r10. Paula Creamer AS$5.5 juta (AS, golf)
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|