CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 219|Reply: 0

Australia siar gambar imigran di YouTube

[Copy link]
Post time 3-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYDNEY: Australia akan merakam kumpulan imigran yang dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pelarian baru  dan menyiarkannya di laman perkongsian video, YouTube bagi menyekat orang lain cuba datang ke negara itu.\rLangkah itu dibuat selepas kedua-dua negara minggu lalu  menandatangani perjanjian kontroversi yang bakal menyaksikan  800 pelarian dihantar ke Malaysia dari Australia, sebagai pertukaran akan menempatkan semula 4,000 pelarian yang diproses Kuala Lumpur. \r\n\n\n\n\r   Menteri Imigresen Australia, Chris Bowen, berkata penyiaran rakaman itu adalah satu mesej berguna kepada  penyeludup manusia dan pelanggan mereka bahawa cubaan seperti itu hanya akan berakhir di Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami tahu penyeludup berbohong. Kami tahu penyeludup akan berkata kepada imigran ‘percayalah anda tidak akan diusir seperti dalam rakaman itu’ kerana mereka terlalu terdesak untuk mendapat keuntungan daripada imigran terbabit,” katanya kepada radio ABC.\r“Kami berpendapat langkah ini adalah adil dengan menunjukkan dengan jelas dasar baru kerajaan Australia. Kami akan menghormati mereka dengan menyiarkan video mengikut apa yang sepatutnya tetapi ia akan menjelaskan bahawa langkah itu adalah dasar baru,” katanya lagi.\rPendatang asing terbabit akan dirakamkan ketika  bergerak dari pusat tahanan di Pulau Christmas menaiki pesawat ke Malaysia dan ditempatkan ke penginapan mereka di negara Asia Tenggara itu.\rKebanyakan imigran tiba di Australia dengan menaiki rakit kayu dari negara seperti Iran, Iraq, Afghanistan dan Sri Lanka tetapi Bowen menegaskan bahawa kebanyakan mereka mempunyai akses kepada media sosial untuk menonton video terbabit.\r\n\n\n\n\r“Kami tahu kebanyakan pendatang asing di seluruh rantau itu mengikuti dengan teliti apa yang berlaku di Australia, mereka dengar setiap pengumuman mengenai perubahan dasar dan menyaksikan pelaksanaannya.\r“Jadi, saya berpendapat bahawa kebanyakan mereka dapat melihat media sosial dan berita dari mulut ke mulut akan tersebar dengan cepat daripada mereka yang mengetahui mengenainya kepada mereka yang tidak mempunyai media terbabit.”\rKumpulan kempen termasuk Amnesty International dan Human Right Watch menentang dasar Malaysia itu dengan menuduh Australia mengelak tanggungjawab terhadap kumpulan pendatang terbabit dan mengabaikan hak asasi mereka dengan menghantar ke  negara yang tidak menandatangani konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap pelarian. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059231 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list