View: 283|Reply: 1
|
136 mati ditembak tentera Syria
[Copy link]
|
|
DAMSYIK: Tentera Syria membunuh 136 orang sejak kelmarin apabila askar menyerbu tempat bantahan utama di bandar Hama yang berterusan hingga hari pertama Ramadan dengan angka korban diramal meningkat.\r“Seratus orang awam terbunuh Ahad lalu apabila pasukan keselamatan yang bersama tentera melepaskan tembakan ketika menyerbu bandar itu,” dakwa Abdel Karim Rihawi, ketua Liga Syria untuk Pertahanan Hak Asasi Manusia.\r\n\n\n\n\r Rihawi mendakwa, lima yang lain terbunuh di bandar tengah Homs dan tiga lagi di wilayah barat laut Idlib apabila pasukan keselamatan menembak penunjuk perasaan yang berhimpun.\r\r\n\n\n\n\n Ketua Organisasi Nasional untuk Hak Asasi Manusia, Ammar Qorabi, pula meletakkan angka kematian di Hama kepada 95 orang dengan sekurang-kurangnya 47 orang terkorban di dalam dan sekitar bandar tengah itu.\r“Bilangan yang cedera sangat ramai dan hospital tidak mampu menampung mereka terutama kerana kekurangan peralatan rawatan,” katanya sambil memetik sumber hospital di Hama.\rAbdel Rahman berkata, tindakan keras ke atas Hama muncul apabila lebih 500,000 orang berhimpun di bandar itu Jumaat lalu selepas solat dengan seorang ulama memberitahu jemaah ‘rejim pemerintah perlu diusir.’\rAktivis melaporkan 19 lagi kematian di Deir Ezzor, hub utama pengeluaran gas dan minyak di timur, yang menjadi pusat perhimpunan untuk bantahan bersama Hama.\r\n\n\n\n\rSelain Deir Ezzor, enam lagi maut di Herak di selatan dan seorang di Al-Bukamal di timur, kata Qorabi, menambah kebanyakan tembakan di Deir Ezzor “mengenai kepala dan leher” oleh penembak curi.\rSementara itu Abdel Rahman memberitahu, penunjuk perasaan membakar 24 kapal pengangkut tentera di rantau barat Masrib di Deir Ezzor.\r“Mereka membaling bom api ke arah konvoi tentera dan membakar 24 pengangkut askar untuk menghalangnya mara ke Deir Ezzor,” katanya lagi.\rAktivis menyifatkan tindakan tentera sebagai satu hari paling dahsyat di Syria sejak penunjuk perasaan kali pertama mula berarak 15 Mac lalu bagi menuntut perubahan demokratik sebelum memarahi pemerintah dan menggesa penyingkirannya.\rPresiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pemimpin Eropah mengutuk tindakan keras itu ketika Jerman dan Itali menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.\rSatu mesyuarat mungkin diadakan semalam. Namun tindakan itu kemungkinan membuka semula pengalaman pahit Majlis Keselamatan yang belum berupaya mencapai persetujuan walaupun dalam satu kenyataan berhubung tindakan keras Presiden Bashar al-Assad ke atas pembangkang.\r“Ia adalah satu daripada hari paling dahsyat” sejak bantahan meletus, kata Rami Abdel Rahman, ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain. –AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
dasyat tentera diorg...... |
|
|
|
|
|
|
| |
|