CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Villas-Boas sedia tukar wajah Chelsea

[Copy link]
Post time 31-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
The Blues mahu buang imej   pasukan paling tua dalam EPL  \rMENANG atau kalah, Andre Villas-Boas seharusnya tabah menghadapi ujian getir terhadap kesopanan dan kesabarannya - dua isu yang sering kali dihadapi oleh pengurus baru Chelsea.\r\n\n\n\n\r     Dalam kebanyakan sidang akhbar, dia seharusnya bersedia untuk menepis soalan mengenai persamaan dan perbezaan dengan bekas pengurus kelab itu yang berjaya, Jose Maurinho dan isu yang sering diperdebatkan kini iaitu sijil kelahiran pemain veterannya yang kebanyakannya lahir dalam dekad sama dengan tarikh kelahiran Villas-Boas.\r\r\n\n\n\n\n     Villas-Boas, 33, berkata, usia bukan perkara penting, namun ia tetap mempengaruhi terutama dalam usaha untuk mencapai persefahaman dan keserasian antara kelompok pemain veteran itu dengan pengurus mereka yang hampir seusia.\rPersoalan bilakah Chelsea yang dilabel sebagai sebuah pasukan hebat akan mencatat banyak kejayaan juga sering dipersoalkan kebelakangan  ini, malah ia turut dibangkitkan oleh pengurus Manchester United yang disegani, Sir Alex Ferguson, yang dua tahun lalu menyifatkan barisan pemain skuad Chelsea terlalu tua dan dia turut mengulangi pandangan sama tahun ini.\rFerguson memang sudah sebati dengan sikap sedemikian tetapi komen seperti itu boleh dianggap bukan kebetulan tatkala pengurus United itu jelas boleh dianggap sebagai datuk kepada kebanyakan pemainnya.\rBilakah pengurus baru Chelsea itu akan mengenepikan beberapa pemain veterannya adalah antara perancangan yang sedang diatur dalam usaha kelab itu membentuk skuad mantap pada masa depan - elemen baru yang sedang diusahakan Villas-Boas menerusi pembeliannya.\r\n\n\n\n\rPengurus warga Portugal itu sudah menandatangani penjaga gol Belgium berusia 19 tahun, Thibaut Courtois dan bersetuju dengan Barcelona terhadap yuran perpindahan untuk seorang lagi pemain 19 tahun pemain tengah, Oriol Romeu, selain turut menunjukkan minat tinggi terhadap penyerang Anderlecht berusia 18 tahun, Romelu Lukaku.\rIa tidak berakhir di situ dan pengurus baru Chelsea itu juga dikatakan turut mengintai beberapa pemain muda lain untuk pembelian selanjutnya.\rApa yang tampak bakal dipamerkan oleh Villas-Boas ialah gabungan corak pengurusan yang progresif dan pragmatik yang dianggap sangat penting bagi jawatan seperti yang dipegangnya itu.\rMusim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bermula Ogos ini mungkin menyaksikan permulaan Chelsea mengenepikan sedikit demi sedikit pemain veterannya seperti Didier Drogba, Nicolas Anelka, Frank Lampard, Ashley Cole, John Terry, Florent Malouda, Petr Cech dan beberapa lagi serta membina asas pasukan yang ditunjangi pemain lebih muda seperti David Luiz dan Ramires - antara pembelian mahal yang dilakukan oleh Chelsea musim lalu.\rJusteru, selain bermatlamat untuk mencipta kejayaan buat Chelsea, kemasukan Villas-Boas juga boleh dilihat sebagai usaha untuk menukar skuad yang dilabel pasukan paling tua dalam EPL itu kepada antara skuad termuda secara berperingkat. - Agensi\rPROFIL:\rNama penuh: Lu韘 Andr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list