|
Isu ejekan berbaur anti Semitik terhadap Benayoun \rHONG KONG: Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung ejekan berbaur anti Semitik terhadap pemain tengah berbangsa Israel, Yossi Benayoun dalam perlawanan pra musim di Kuala Lumpur, dua minggu lalu.\r\n\n\n\n\r Kelab London itu mengemukakan bantahan rasmi selepas Benayoun diejek ketika perlawanan jelajah Asia Chelsea pada 21 Julai lalu.\r\r\n\n\n\n\n Chelsea pada awalnya cuba meredakan insiden itu tetapi terus mengemukakan bantahan selepas menilai semula perlawanan itu. Kini kelab itu yang turut bermain di Bangkok dan Hong Kong tanpa sebarang insiden, sudah melupakan perkara itu.\r“Kami hargai perhatian serta-merta FAM terhadap bantahan kami,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.\r“Kelab Bola Sepak Chelsea komited untuk menghapuskan semua bentuk perlakuan diskriminasi dalam sukan ini, dan meminta FAM mengambil langkah sewajarnya untuk membanteras perlakuan seperti ini di masa akan datang.\r“Kelab dan Yossi menerima permohonan maaf, dan perkara ini kini ditutup.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|