View: 121|Reply: 0
|
20 stesen minyak baru Chevron
[Copy link]
|
|
Pelaburan tingkat penguasaan 14 peratus dalam pasaran runcit\rCHEVRON Malaysia Ltd, iaitu pengendali stesen minyak jenama Caltex di Malaysia, bercadang membuka sehingga 20 stesen minyak baru dalam tempoh beberapa tahun akan datang membabitkan pelaburan sehingga RM15 juta setiap sebuah.\r\n\n\n\n\r Langkah itu bertujuan meningkatkan lagi penguasaannya dalam pasaran peruncitan minyak tempatan kepada 14 peratus daripada kira-kira 10 peratus sekarang.\r\r\n\n\n\n\n Pengarah Sokongan Pasarannya, Faizah Abdul Samad, berkata syarikat itu ketika ini memiliki 429 stesen termasuk enam baru dibuka tahun ini.\rBeliau berkata, keseluruhannya kumpulan itu bercadang membuka sembilan stesen tahun ini.\rKatanya, tumpuan pembukaan stesen minyak baru itu adalah di kawasan Lembah Klang serta lokasi utama lain di seluruh Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak.\rFaizah berkata, Caltex belum memasuki Sabah dan Sarawak kerana beberapa kesulitan dari aspek teknikal walaupun berupaya berbuat demikian.\r\n\n\n\n\r“Kami memang berkeupayaan untuk meluaskan operasi di dua negeri itu tetapi kekangan dari beberapa aspek menyebabkan ia masih di peringkat perancangan,” katanya kepada media pada sesi taklimat mengenai kempen dan strategi pemasaran jenama baru Caltex di Petaling Jaya semalam.\rBeliau berkata, operasi Malaysia penyumbang terbesar kepada pendapatan Chevron Malaysia, iaitu antara 60 peratus hingga 70 peratus, diikuti Kemboja dan Singapura.\rMengenai kempen terbaru kumpulan itu, Faizah berkata, ia membabitkan pertukaran slogan daripada ‘What Drives You’ yang sudah digunakan sejak 10 tahun lalu kepada ‘Enjoy Your Jouney’ supaya lebih selaras dengan kelebihan yang ditawarkan petrol jenama itu.\r“Jika anda menggunakan petrol Caltex, ia lebih bersih dan mampu menawarkan perjalanan yang lebih lancar tanpa sebarang masalah, selain lebih ekonomi untuk semua jenis kenderaan,” katanya.\rKatanya, stesen minyak di Bandar Utama menjadi stesen pertama yang menerapkan semua perubahan itu, manakala stesen lain akan menjalani proses perubahan secara berperingkat.\r“Perubahan ke atas semua stesen dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga tahun,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|