CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: sauffie

Perkhidmatan KTM Komuter yang sangat teruk.

[Copy link]
Post time 12-9-2011 01:04 PM | Show all posts
tapi bagi aku still same...
bila nak ada improvement... la nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2011 01:26 PM | Show all posts
Salam, saya cuma nak buat aduan, kenapa perkhidmatan komuter sangat teruk! Sudah lah selalu lewat da ...
sauffie Post at 29-7-2011 23:29


Ini tidak diragui lagi, bukan di tahap sangat teruk tapi di tahap 'bahaya' bagi aku. Bukan bahaya dari segi keselamatan dalam perjalanan (tapi tak mustahil), tapi bahaya dari segi konteks lain iaitu :

1. Bahaya pada emosi, sangat menyakitkan hati terutama bila waktu puncak di sebelah petang. Aku pernah tersadai lebih 3 jam di KL Sentral menuju ke arah Port Klang, ini gara-gara keretapi rosak ikut makluman operator (entah betul entah tidak). Selepas hampir 2 jam menunggu baru lah 'sepotong' keretapi datang, aku sebut sepotong sebab keretapi ini gerabaknya sangat pendek untuk memuatkan ribuan penumpang tersadai pada masa tu. Tapi sayangnya dalam keretapi tu sudah penuh macam sardin, jadi selepas penumpang keluar pun hanya boleh sumbat tak sampai 10% dari penumpang yang gigih menunggu. Sampailah keretapi yang ketiga barulah aku dapat masuk selepas berhempas pulas (aku umpama kerabat pakai cawat sumpit tupai peelnya waktu ni) disebabkan dan lewat malam sangat sekitar jam 10pm sebegitu.

2. Bahaya pada kerjaya, disebabkan waktu diprogramkan tak sama dengan waktu ketibaan. Aku pernah sampai seawal 6.15am di stesyen Shah Alam, dan pada jadual terpapar keretapi akan sampai jam 6.25am tapi malangnya sekitar jam 7am barulah keretapi tu sampai. Ramai yang merungut terutama yang bekerja di sekitar Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Nilai dan Seremban, setiap hari tak kan nak memberikan alasan yang sama  jadi sangat-sangat bahaya pada kerjaya. Tiada petugas di kaunter seawal jam 6-7am, jadi semuanya mengharapkan pada mesin tiket 2 ketul yang sangat bebal fungsinya itu. Mesin itu sangat bebal sebab tiada improvement dan fungsinya masih sama lagi seperti 10 tahun lepas, tiada kepelbagaian fungsi seperti boleh gunakan kad atm untuk membeli tiket dan sebagainya. Berapa kali aku perhatikan penumpang mengamuk disebabkan mesin tak boleh menerima duit rm5 dan rm10, hanya boleh menerima duit kertas rm1 sahaja bukankah ia sangat menyusahkan. Jadi mau tak mau penumpang terpaksa menunggu kaunter buka untuk membeli tiket, itu pun pernah juga pekerjanya tidak bersedia menyediakan wang kecil untuk baki.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 01:35 PM | Show all posts
pada aku... pengangkutan awam yang patut di-improve... selain bas.. ialah KTM...

monorel, LRT... ...
cik.panda Post at 30-7-2011 08:23


KTM tu dah kebal dari segi cercaan, saban tahun isu serupa di bangkitkan tapi tiada ada kemajuan sehingga kini jadi tak boleh bergantung harap pada mereka. Aku pula cadangkan supaya lrt itu diluaskan lokasinya, apa salahnya ia dipanjangkan sehingga ke Shah Alam, Klang, Nilai, Damansara semua tu.

Manakala monorel pula buat 1 laluan baru untuk menghubungkan semua pasaraya di sekitar Lembah Klang, iaitu Sunway Pyramid, One Utama, @Curve, Mid Valley, Sogo. KLCC, Pavillion dan lain-lain, ianya bukan saja menjana pendapatan tapi menarik lebih ramai pelancong. Sangat tidak strategik lokasi yang di lalui monorel kontot 2 gerabak itu, sudah lah perlu menapak jauh dari KL Sentral hendak ke stesyen monorel dan tiada jejantas sangat menyusahkan terutama golongan OKU dan warga tua.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2011 01:46 PM | Show all posts
Aku juga mencadangkan supaya di setiap stesyen tidak kira bas, keretapi, monorel maupun lrt menyediakan parkir bertingkat untuk kereta. Sangat menyakitkan hati bila kempen berdegar supaya berkongsi kenderaan dan menggunakan pengangkutan awam, tapi sangat menjengkelkan bila kita berniat unutk menaiki pengangkutan awam ini ada masalah parkir kenderaan pula. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2011 11:02 PM | Show all posts
kepada ,
Dr. Aminuddin bin Adnan (President ) formerly the Chief Executive Officer of Express Rail Link Sdn.

kepada yang berkenaan,, sila buat pemeriksaan berkala, tak kira la apa pun,, tapi yang paling penting, dalam perniagaan perkhidmatan pengangkutan awam, jabatan yang penting dalam menyusun penjadualan adalah di bahagian operasi,, jadi dalam hal ini walau apa pun department ini yang perlu menjawab segala permasalahan yang berlaku sehinga menjadi semakin kritikal,,, terkini saya rasa terlalu kerap kerosakan, serta kelewatan tren yang secara langsung menjejaskan perjalanan penumpang terutama pada waktu puncak(pagi)..

kami berharap agar pihak berkenaan agar lebih peka dgn permasalahan ini. seperkara yang saya rasa juga penting adalah penjadualan drastik terutama apabila berlaku kelewatan atau kerosakan pada satu2 tren atau landasan, jabatan operasi perlu buat sesuatu dan bertindak pantas, memantau pergerakan tren(GPS) supaya tiada penumpang yang tertinggal disebabkan kerosakan atau kelewatan..

apa yang berlaku pada 26 Disember 2011 (malam) tren drp seremban (lewat) dah pasti sepatutnya tren terakhir drp Bt Caves perlu tunggu (KL Sentral) sehingga tren drp seremban tiba, untuk membawa penumpang yg nak ke Port Klang,,,MALANGNYA APA YANG BERLAKU SERAMAI Dalam 50 orang terkandas di KL Sentral,,,bayangkan berapa kos teksi utk ke Klang,,, atau Shah Alam????????,,, ada sesiapa yang nak jawab??? rata2 para penumpang amat terlalu kecewa dengan staff KTM yang memberi jawapan mengecewakan,,,

dimanakah letaknya tanggungjawab mereka apabila berlaku perkara sebegini, adakah KTM sememangnya telah dididik sebegini,, atau adakah sampai orang awam buat tunjuk perasaan dihadapan setiap stesen KTM... Saya bukan bergurau tapi tidak ada perkara yang mustahil akan berlaku diluar jangkaan,, kerana orang2 malaysia juga sudah berani bertindak diluar jangkaan demi kebenaran,, Fikirkan lah...

jadi kepada sesiapa yang berkenaan atau staff KTMB sendiri yang terbaca sila ajukan kepada BOS2 di sana demi kebaikan syarikat dan juga kakitangan..supaya KTMB tidak diambil alih oleh syarikat2 lain.. yang bukan drp kalangan bangsa melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2011 01:18 AM | Show all posts
komuter ni dr dulu smpi skang x berubah2.setakat tren delay tu dan x terkira dgn jari dah.nak2 kalo musim perayaan.walhal dia bkn run atas jalan raya pun ala2 kes traffic jamed.tukar jerk la management komuter ni selesai masalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2011 05:43 PM | Show all posts
penah tunggu komuter kat bandar tasik selatan nak ke kl sentral. tunggu sampai berpeluh2..punyala lama..dlm 40 min baru sampai..alasannya ada masalah teknikal..tp tiap kali bubu nak naik, mmg ada masalah teknikal..siot je..last2, boikot je.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 12:50 AM | Show all posts
itu la...aku pagi tadi terkena lagi buat keberapa kali entah...patutnya tren dari port klang sampai stesen aku tunggu tu dalam pukul 7.57 pagi..tapi tren dibatalkan katanya..so tren seterusnya dari port klang akan bergerak jam 8.05 pagi..sudahnya aku sampai tmpt keje pukul 10...sadis...

KTMB memang kena ada transformasi yang drastik daripada segi perkhidmatan komuternya..sekarang terlampau teruk dan menyusahkan pengguna..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2011 09:48 AM | Show all posts
dalam banyak2 perkhidmatan kat malaysia..komuter nih lah yang tak penah improve...sigh~~..dari kusekolah sampai abis belajar...then kerja dah masuk 5thn...mcm tu jugak service dia...baik naik kereta sendiri rather naik komuter nih..i wish it is more reliable like lrt ..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049345 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list