View: 162|Reply: 0
|
Juruterbang Garuda batal mogok gaji naik
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Juruterbang Garuda membatalkan mogok 24 jam semalam selepas menerima jaminan yang gaji mereka akan disemak, kata pegawai kesatuan.\rKetua Kesatuan Juruterbang Garuda, Stephanus Geraldus, berkata Menteri Perusahaan Milik Kerajaan, Mustafa Abubakar berjanji untuk campur tangan dalam usaha mencari penyelesaian dalam beberapa minggu akan datang.\r\n\n\n\n\r “Saya gembira mogok ini dibatalkan. Saya minta maaf kerana mogok ini, tetapi ini adalah pilihan terakhir. Saya juga berterima kasih kerana pelanggan menyokong kami,” kata Geraldus.\r\r\n\n\n\n\n Sebelum ini, pegawai kanan kesatuan, Jose Rizal memberitahu AFP antara taktik syarikat bagi menghalang mogok itu termasuk mengambil juruterbang dari rumah dan memaksa mereka membawa pesawat.\rAnggota kesatuan bertindak balas terhadap paksaan itu dengan memperluaskan mogok yang bermula tengah malam Rabu lalu. – AP/AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|