CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49|Reply: 0

Singapura galas misi serampang dua mata

[Copy link]
Post time 28-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Guna peluang terbaik tambat semula hati peminat tempatan di samping buru tiket Piala DuniaDUA situasi berbeza melanda skuad kebangsaan dan lawannya, Singapura yang kini bersaing sengit merebut satu tiket ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.\rAnak buah Datuk K Rajagobal pernah menjadi wira negara apabila menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki tahun lalu - kemenangan yang menambat semula hati peminat bola sepak tempatan selepas sekian lama pasukan bola sepak negara menyepi di dalam kejohanan rantau ini.\r\n\n\n\n\r   Bagi Singapura pula, yang begitu cemerlang ketika mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2010, kehilangan sokongan peminatnya apabila hambar di Piala AFF Suzuki menyaksikan negara itu tersingkir di peringkat kumpulan.\r\r\n\n\n\n\n   Kini peluang terbuka luas buat Singapura untuk memikat kembali sokongan peminatnya, terutama jika dapat menyingkirkan juara Asia Tenggara - Malaysia - yang juga musuh tradisi sejak sekian lama.\r“Ini peluang terbaik kami untuk menambat semula hati peminat bola sepak di Singapura selepas kehilangan sokongan mereka sebaik berakhir kempen Piala AFF Suzuki,” kata penyerang simpanan Singapura, Fazrul Nawaz Shahul Hameed.\r“Saya dan rakan sepasukan kini bersemangat dan bersedia untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga dengan menewaskan Malaysia esok (malam ini) walaupun sedar tuan rumah bakal mendapat sokongan padu di laman sendiri.\r“Sebelum ini, kami pernah beraksi di hadapan lebih 85,000 penonton dan saya tidak rasa situasi esok (malam ini) akan memberi kesan kepada persembahan kami.”\r\n\n\n\n   Singapura bakal turun dengan kelebihan dua gol selepas menewaskan Malaysia 5-3 Sabtu lalu.\rSementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovich turut menyatakan tekadnya untuk membawa pasukan itu ke pusingan ketiga selepas beroleh kedudukan selesa pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar sebelum ini.\r“Ini adalah penentuan kelayakan untuk Piala Dunia dan kami mahu pergi (ke peringkat seterusnya),” kata Avramovich pada sidang akhbar di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.210722 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list