View: 70|Reply: 0
|
‘Perlawanan terbesar dalam karier saya‘
[Copy link]
|
|
WATAK paling digeruni dalam pasukan kebangsaan, Safee Sali kini bersedia menampilkan persembahan terbaiknya pada perlawanan terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak, malam ini.\rDua gol pada setiap permainan diledak penyerang 27 tahun itu pada dua penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan bulan ini - perlawanan persahabatan menentang Liverpool dan perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura Sabtu lalu.\r\n\n\n\n\r “Ini adalah perlawanan terbesar dalam karier saya,” kata Safee.\r \r\n\n\n\n\n “Kemasukan semula Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di benteng pertahanan menambah keyakinan kami untuk memastikan gawang negara tidak diasak seperti pada perlawanan pertama dulu.”\rAidil dan Safee antara calon yang bakal menggantikan tugas Safiq Rahim sebagai kapten pada perlawanan malam ini.\rDi Stadium Jalan Besar Singapura, Malaysia tewas 5-3 kepada tuan rumah Sabtu lalu walaupun Safee membuka jaringan seawal 24 saat, selepas kelekaan barisan tengah dan pertahanan menyebabkan skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu ketinggalan 4-1 sebelum rehat.\r“Kami dapat pengajaran daripada kesilapan itu dan beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Safee.\r\n\n\n\n\r“Kami bertekad tidak akan mengulangi kesilapan dan sebagai pemain paling senior dalam pasukan, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan fokus kami tidak hilang sepanjang permainan.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|