View: 72|Reply: 0
|
Apek janji aksi cemerlang
[Copy link]
|
|
Sedia pikul tugas jika jadi pilihan RajagobalSEPASANG ‘tangan emas’ milik Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sandaran bagi memastikan gawang Harimau Malaya tidak dibolosi dalam perlawanan getir menentang musuh tradisi, Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.\rSelepas persembahan hambar Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang melepaskan lima gol dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu, Khairul Fahmi yang lebih mesra dengan panggilan ‘Apek’ harus menjadi pilihan terbaik mengawal benteng terakhir pasukan agar tidak lagi dirobek lawan.\r\n\n\n\n\r Malah, penjaga gol Kelantan itu bertekad mempamerkan ketangkasannya bagi menghalang percubaan barisan depan Singapura yang diketuai penyerang sensasi Aleksander Duric yang dua kali membolosi gawang negara dalam kekalahan 5-3 dalam perlawanan pertama itu. \r\r\n\n\n\n\n “Sememangnya tekanan menghadapi perlawanan Khamis ini tinggi, apa lagi kami sedang ketinggalan dan perlu memastikan gawang negara tidak lagi dibolosi,” katanya sejurus latihan, semalam. \r“Tetapi, andai jurulatih (Datuk K Rajagobal) mahu saya beraksi, saya berjanji mempamerkan aksi terbaik dan memastikan gawang negara tidak bocor lagi.”\rWalaupun dilempar pelbagai kritikan selepas melepaskan tujuh daripada 10 gol ketika perlawanan persahabatan menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal dan Liverpool, penjaga gol Skuad Olimpik berusia 22 tahun itu menegaskan, dia sudah melupakan igauan buruk berkenaan dan bersedia turun dengan fokus serta semangat baru.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|