CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Industri bioteknologi disasar cecah RM885j

[Copy link]
Post time 27-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penubuhan BioNexus tingkat keupayaan R&DNILAI pasaran bagi produk dan perkhidmatan industri bioteknologi negara disasarkan meningkat kepada RM885 juta menjelang akhir tahun depan dengan menyumbang sehingga lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020.\rIa disokong kekayaan biodiversiti negara yang digunakan secara cekap oleh agensi kerajaan dan swasta, sekali gus mendorong kepada peningkatan pelaburan serta teknologi bagi membangunkan industri itu.\r\n\n\n\n\r  Tahun lalu, nilai pasaran industri itu  RM663 juta, menyumbang 2.2 peratus kepada KDNK.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi mengukuhkan lagi pencapaian sasaran itu, Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) melancarkan pusat kecemerlangan rakan kongsi BioNexus (BNP) bagi membangunkan industri itu secara mapan sejajar dengan pelaksanaan Dasar Bioteknologi Kebangsaan.\rBNP yang menempatkan enam makmal di FRIM, Kepong, Kuala Lumpur itu, menjadi pusat sehenti kepada industri membangunkan produk berasaskan herba.\rMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, inisiatif daripada BiotechCorp bertujuan menyokong keperluan industri bioteknologi Malaysia.\r“Ini dapat dicapai menerusi kemudahan dan keupayaan penyelidikan berteknologi tinggi disediakan FRIM yang ditawarkan kepada syarikat BioNexus untuk menghasilkan produk berkualiti,” katanya  selepas merasmikan sesi jaringan rangkaian kerja BNP dalam bidang bioteknologi pertanian dan industri, di Kuala Lumpur, semalam.  \r\n\n\n\n\rHadir sama, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod dan Ketua Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal.\rPada majlis sama, enam perjanjian persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan syarikat bioteknologi tempatan iaitu I&R Herbal Industries Sdn Bhd, Celltis Sdn Bhd, IOI Palm Biotech Sdn Bhd, Borneo Biogaharu Sdn Bhd, Furley Bioextracts Sdn Bhd dan Herbagus Sdn Bhd.\rMengulas mengenainya, Dr Mohd Nazlee berkata langkah itu sebahagian usaha menyokong pengkomersialan industri berasaskan bahan asli menerusi aplikasi dua platform teknologi iaitu Supercritical Fluid Extraction (SFE) dan Marker Assisted Selection (MAS).

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.419341 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list