|
Rajagobal sudah ada ramuan tiup semangat anak didik kekang Singapura, esokKEBANGKITAN secara dramatik - selepas ketinggalan dalam permainan - pernah ditunjukkan Harimau Malaya ketika menjulang Piala AFF Suzuki dan menang pingat emas Sukan SEA 2009.\rJelas ‘detik emas’ itu sudah memberi formula mujarab kepada Datuk K Rajagobal yang mahu menayangkan semula rakaman video membabitkan babak mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah.\r\n\n\n\n\r“Pemain mampu melakukan keajaiban apabila menentang Singapura, Khamis ini (esok). Mereka pernah dua kali melakukannya, masakan tidak boleh mengulangi sekali lagi,” kata ketua jurulatih itu, semalam.\r\r\n\n\n\n\nPenjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat turut bersemangat mahu membantu cabaran pasukan memadamkan defisit kekalahan 3-5 tempoh hari andai dipilih esok. \r“Saya berjanji pamer aksi terbaik memastikan gawang negara tidak bocor lagi,” katanya.\rSelain itu, Rajagobal turut pening memikirkan isu kapten menggantikan Safiq Rahim tetapi dua nama yang disebut-sebut - Aidil Zafuan Abd Razak dan Safee Sali ada ramuan memimpin rakan ke Stadium Nasional,\rBukit Jalil nanti.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|