View: 140|Reply: 0
|
Militan gantung budak 8 tahun
[Copy link]
|
|
Bapa enggan serah kenderaan polisKABUL: Pemberontak di selatan Afghanistan menggantung budak lelaki berusia lapan tahun, enam hari selepas mereka menculiknya, kata pihak berkuasa di sini kelmarin.\rPenculik budak lelaki terbabit menuntut bapa mangsa, seorang pegawai polis memberi mereka kenderaan polis tetapi beliau enggan berbuat demikian.\r\n\n\n\n\r Penjelasan kejadian itu diberikan pejabat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai. Militan menggantung budak lelaki itu di daerah Gereshk, wilayah Helmand, Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Presiden Karzai mengutuk keras tindakan itu dan menganggapnya sebagai satu jenayah kejam serta perbuatan pengecut yang tidak diterima dalam mana-mana agama atau budaya,” kata kenyataan dikeluarkan pejabat Karzai.\rIa merujuk pembunuh itu sebagai ‘pengganas’ namun tidak mengatakan jika mereka anggota Taliban atau pergerakan pemberontak yang berjuang menentang tentera asing dan sekutu Afghanistan.\rKejadian menculik adalah perkara biasa di Afghanistan. Kumpulan penjenayah menuntut wang tebusan manakala pemberontak pula membuat kenyataan politik. \rKebanyakan penculikan diselesaikan secara rahsia menerusi rundingan manakala bayaran biasanya membabitkan wang tunai.\r\n\n\n\n\rDalam satu lagi kejadian berasingan, pihak berkuasa Afghanistan berkata tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menentang pemberontak di sepanjang lebuh raya timur secara tidak sengaja membunuh tiga orang awam yang terperangkap dalam pertempuran itu. – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|