View: 72|Reply: 0
|
Facebook: Seruan rakan sesawang Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
KETIKA berbaki dua hari lagi menjelang saingan penentuan di antara Malaysia dan Singapura, penyokong tempatan menyuarakan betapa teguh mereka berdiri di belakang skuad Harimau Malaya untuk mengaum Khamis ini mencipta sejarah.\rSokongan itu turut diluahkan dalam laman sosial Facebook dengan harapan agar skuad kendalian Datuk K Rajagobal akan menggunakan kelebihan aksi di gelanggang sendiri (Stadium Nasional, Bukit Jalil) untuk menunjukkan taring buat mengecewakan lawan dari seberang Tambak Johor itu.\r\n\n\n\n\r Mereka menyeru rakan Facebook Harimau Malaya supaya membanjiri gelanggang, Khamis ini untuk memberi sokongan padu dan menyemarakkan semangat pemain, selain berdoa kemenangan pasukan negara tercinta.\r\r\n\n\n\n\n Tetapi, ada juga kalangan penyokong di Facebook turut tidak berpuas hati dengan barisan diturunkan Rajagobal pada saingan di Singapura tempoh hari dan mencadangkan beberapa pemain negara ditukar pada aksi timbal balik nanti, terutama posisi pertahanan yang disifatkan longgar.\rRata-rata penyokong mahu Khairul Fahmi Che Mat mengambil alih posisi Mohd Sharbinee Allawee selaku penjaga gol utama.\r“YEAH ! begitu lha! Focus pada perlawanan minggu ini Malaysia menentang Singapore! InsyaALLAH! jika diizinkan tuhan kita menang. Then..untuk peminat Harimau Malaya jangan lupa doa-doa untuk membantu negara kita menang nanti! jangan dikutuk pula!,” - Adila Othman di laman Facebook Harimau Malaya.\r“Menang kalah adat permainan.. yg penting usaha, semoga HM memberi yg tbaik utk M’sia. YAKIN BOLEH !!!” - Maria Tungku.\r“Kalau Singapore main bertahan, parking ramai2 depan gol,” - penyokong yang menggunakan identiti Harimau Malaya di laman Facebook.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|